IIUM Repository

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan (Al-Fauzan)

Abd Hamid, Mohd Azrul Azlen (2018) Al-Quran Al-Karim & Terjemahan (Al-Fauzan). Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur. ISBN 9555056300549

[img]
Preview
PDF
Download (25MB) | Preview

Abstract

Syukur kepada Allah kerana limpahan rahmat-Nya sehingga kini kita masih lagi dapat merasai nikmat iman dan Islam. Salam dan selawat atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat yang sentiasa memperjuangkan agama Islam serta mereka yang mengikuti Baginda. Kami mengucapkan penghargaan setinggi-tinggi kepada Telaga Biru Sdn. Bhd. kerana menjalinkan kerjasama dalam menghasilkan Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Al-Fauzan yang sentiasa mencetuskan dan memperbaharui idea-idea baharu dan berusaha menarik minat masyarakat untuk lebih mendekati al-Quran pada hari ini. AI-Quran yang sedia ada di pasaran kini lebih memfokuskan kepada terjemahan ayat-ayat al-Quran sahaja, namun tidak memberikan info-info tambahan yang lain sebagai nilai tambah untuk para pembaca mengenai mushaf al-Quran. Oleh itu, dengan percambahan idea dan pembaharuan yang dilakukan oleh pihak penerbitan, dapatlah menghasilkan al-Quran yang mempunyai nilai komersial dan keunikan yang tidak ada pada al-Quran yang lain. Selepas proses penyemakan berlangsung, kami mendapati Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Al-Fauzan bukan sahaja memberi kemudahan kepada para pembaca dari sudut terjemahan, malah memberi maklumat tambahan untuk mengukuhkan kebenaran al-Quran apabila sesuatu ayat itu diturunkan oleh Allah. Contohnya, terdapat hadis, asbabul nuzul dan doa daripada ayat al-Quran yang boleh diamalkan oleh para pembaca.

Item Type: Book
Additional Information: 92073/4824
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP134.S3 Quran and Science
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Mr. Malek Radzuan Dollah
Date Deposited: 08 Sep 2021 14:10
Last Modified: 08 Sep 2021 14:10
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/92073

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year