IIUM Repository

Masalah kekeluargaan-isteri yang bekerja dan penyelesaiannya bersandarkan kepada maqasid Shariah

Husni, Ahmad Muhammad and Alimuddin, Nur Fatin and Husni, Amin Muhammad (2021) Masalah kekeluargaan-isteri yang bekerja dan penyelesaiannya bersandarkan kepada maqasid Shariah. Journal of Education and Social Science (JESOC), 17 (1). pp. 154-164. ISSN 2289-9855

[img]
Preview
PDF
Download (221kB) | Preview

Abstract

Masalah kajian berkisar kepada kewujudan masalah-masalah sosial yang terjadi disebabkan oleh keadaan dan reality dimana seseorang isteri yang keluar untuk bekerja dan seterusnya menyebabkan dia mengabaikan hak-hak dan kewajipannya. Tambahan pula, kes-kes keganasan rumah tangga seperti memukul dan penderaan secara lisan di dalam pelbagai bentuk di dapati meningkat. Oleh yang demikian, kajian ini menekankan kepentingan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia di mana adalah merupakan perkara paling utama di dalam membentuk sesebuah masyarakat; ianya adalah sangat penting untuk melindungi asas dan integriti, dan juga merupakan peranan maqasid syariah yang didapati wujud dan tersangat penting untuk menyelesaikan masalah-masalah kekeluargaan. Kajian ini bertujuan untuk menekankan tentang hak-hak dan tanggungjawab diantara pasangan yang berkahwin dengan berteraskan kepada undang-undang Islam, dan juga untuk mengenalpasti sebab-sebab dan keadaan yang menyumbang kepada wujudnya permasalahan seperti ini dan secara tidak langsung mencari tahu bagaimana untuk menyelesaikannya dari perspektif maqasid shariah. Kajian ini menggunapakai pendekatan secara induktif dan analisis dengan melihat kepada sistem perundangan Islam, dan juga membincangkan akan pihak-pihak yang boleh dipercayai untuk melihat kepada perkara-perkara yang menyumbang kepada persetujuan dan juga bantahan dari mazhab-mazhab, dan mengenalpasti penulisan dan isu-isu dengan bersandarkan kepada maqasid shariah. Kajian mendapati punca utama yang menyebabkan terjadinya masalah di dalam institusi kekeluargaan adalah kerana kurangnya pengetahuan di antara pasangan tentang hak-hak dan juga tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh mereka. Dan, pekerjaan seorang isteri itu adalah dibenarkan oleh shariah dengan berpandukan kepada beberapa had dan batasan dan tidak bercanggah dengannya, manakala seseorang isteri yang bekerja haruslah tahu untuk memastikan keseimbangan di antara kerjayanya dan juga tanggungjawab terhadap keluarganya.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 8721/91967
Uncontrolled Keywords: Masalah, keganasan, keluarga, pekerjaan isteri, Maqasid Shariah.
Subjects: K Law > K670 Family Law
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr Ahmad bin Muhammad Husni al-Jufri
Date Deposited: 06 Sep 2021 00:42
Last Modified: 06 Sep 2021 00:44
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91967

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year