Mohamad, Noorihsan (2019) Pelan pengurusan pembangunan persisir pantai Pekan Kuah-Kelibang Langkawi Kedah. Technical Report. UNSPECIFIED. (Unpublished)
|
PDF
Download (29MB) | Preview |
|
|
PDF
Download (656kB) | Preview |
Abstract
Pelan Pengurusan Pesisir Pantai Pekan Kuah-Kelibang, Langkawi, dilaksanakan bagi memantau pembangunan pesisir pantai disamping melindungi alam semulajadi pantai sedia dalam mengimbanginya dengan keperluan- keperluan pembangunan dan konservasi dan pelestarian kegunaan sumber alam. Pertimbangan terhadap pembangunan pesisir pantai perlu seiring dengan kawalan dan garis panduan yang telah digariskan bagi memastikan pembangunan yang dicadangkan tidak mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan pada kawasan persisir pantai sedia ada. Kemusnahan ekosistem marin dan pesisir pantai akibat pembangunan pada akhir- akhir ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan dan diambil mudah tanpa sebarang perancangan kawalan yang sepatutnya. Isu-isu baru seperti tebus guna tanah di kawasan pesisir pantai (coastal land reclamation) dan tambak laut memerlukan perhatian sewajarnya. Tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan pemeliharaan kawasan persisir pantai dan marin di kalangan masyarakat akan menyebabkan berlakunya kerosakan ke atas ekosistem semulajadi pantai dan marin secara berleluasa. Hubungan kerajaan pusat dan negeri dalam melaksana pemuliharaan alam sekitar perlu dipertingkatkan bagi memastikan pelaksanaan kawalan dan garis panduan dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa berlakunya perselisihan kuasa dan pendapat. Perlaksanaan dasar- dasar dan undang-undang adalah faktor penting dalam usaha pemuliharaan disamping membina kesedaran terdapat masyarakat di semua peringkat.
Item Type: | Monograph (Technical Report) |
---|---|
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD72 Economic growth, development, planning J Political Science > JS Local government Municipal government |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | UNSPECIFIED |
Depositing User: | Dr. Noorihsan Mohamad |
Date Deposited: | 09 Sep 2021 10:25 |
Last Modified: | 09 Sep 2021 10:25 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91902 |
Actions (login required)
View Item |