IIUM Repository

Istilah COVID-19 : Satu Analisis Teori Pembentukan Kata

Khazizi, Nur Aziatul and Nahar, Nora Azian (2021) Istilah COVID-19 : Satu Analisis Teori Pembentukan Kata. International Young Scholars Journal of Languages. E-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF - Cover Image
Download (774kB) | Preview
[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (311kB) | Preview

Abstract

Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia sangat komited dalam menguar-uarkan hal-hal berkaitan tentang pandemik kepada rakyat. Justeru itu, wujud istilah-istilah baharu Covid-19 yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memberikan kesedaran tentang penjagaan kesihatan. Oleh hal yang demikian, makalah ini membincangkan proses pembentukan kata bagi istilah baharu yang terbentuk semasa musim Covid-19. Pengkaji ingin melihat penerapan Teori Pembentukan Kata gagasan George Yule (2010) dalam istilah bahasa Melayu. Pendekatan kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan dan kepustakaan diaplikasikan dalam makalah ini bagi mengumpul dan menganalisis istilah baharu Covid-19 yang diambil daripada korpus istilah Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, pengkaji membataskan data kajian kepada 50 istilah sahaja. Istilah-istilah ini hanya dipilih daripada dua bidang iaitu perubatan dan kesihatan awam. Hasil dapatan kajian ini memperlihatkan, hanya lima proses pembentukan kata dapat diterapkan dalam istilah Covid-19 iaitu akronim, derivasi, pemajmukan, pinjaman dan proses pelbagai. Proses pemajmukan merupakan proses yang paling dominan dalam pembentukan istilah Covid-19. Tuntasnya, kajian ini diharap dapat menambah kelompangan ilmu dalam bidang morfologi terutamanya aspek pembentukan kata dan peristilahan bahasa Melayu.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: istilah, COVID-19, pemajmukan, pembentukan kata
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 22 Aug 2021 09:13
Last Modified: 22 Aug 2021 09:13
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91670

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year