IIUM Repository

Perkembangan sastera Islam di Malaysia: merungkai pandangan Azizi Haji Abdullah

Ahmad Safian, Nursafira and Abul Hassan Ashari, Mohamad Zulfazdlee (2021) Perkembangan sastera Islam di Malaysia: merungkai pandangan Azizi Haji Abdullah. In: International Conference on Islam in Malay World (ICON IMAD X) - Persidangan Antarabangsa Islam di Alam Melayu, 2-3 Jun 2021, Virtual. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Programme Book) - Supplemental Material
Download (1MB) | Preview
[img]
Preview
PDF (Certificate) - Supplemental Material
Download (849kB) | Preview
[img] PDF (Slide Presentation) - Presentation
Restricted to Repository staff only

Download (364kB) | Request a copy

Abstract

Azizi Haji Abdullah merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan di Malaysia. Penulisan beliau, khususnya dalam karya novel dan cerpen, sehingga beliau memenangi pelbagai anugerah sastera telah menonjolkan ketokohan beliau dalam bidang karya kreatif. Apa yang menarik, latar belakang Azizi Haji Abdullah yang berpendidikan agama turut mempengaruhi penulisannya sehingga karya-karya beliau disifatkan memiliki unsur-unsur Islam. Bagaimanapun apabila membicarakan tentang perkembangan sastera Islam di Malaysia, Azizi Haji Abdullah mempunyai pandangan yang agak sinis dan kritikal dalam menanggapi isu berkenaan walaupun fenomena sastera Islam di Malaysia mula dibincangkan secara serius sewaktu dekad 80-an. Berdasarkan reaksi dan refleksi sedemikian, makalah ini akan cuba merungkai beberapa pandangan Azizi Haji Abdullah yang pernah diterbitkan dalam majalah atau akhbar seputar isu sastera Islam dan seterusnya melihat relevansi terhadap perkembangan sastera di Malaysia masa kini. Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi content analysis sebagai metode pengumpulan dan analisis data. Dapatan kajian menunjukkan Azizi Haji Abdullah mempersoalkan wacana dan polemik sastera Islam di Malaysia kerana beliau beranggapan sastera yang wujud ketika itu tidak menepati ciri-ciri yang dikatakan sebagai sastera Islam. Di sebalik pandangan berkenaan, Azizi Haji Abdullah masih lagi berkeyakinan untuk melihat sastera Islam di Malaysia dapat berkembang sebaiknya jika enam faktor yang dikemukakan beliau dapat digerakkan secara konsisten oleh segenap pihak, seperti golongan pengkarya, penerbit, media, khalayak pembaca dan kerajaan. Kata kunci: Sastera, Sastera Islam, Sastera di Malaysia, Novel Melayu, Azizi Haji Abdullah

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Additional Information: 8366/91540
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: Sastera, Sastera Islam, Sastera di Malaysia, Novel Melayu, Azizi Haji Abdullah
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 17 Aug 2021 16:09
Last Modified: 17 Aug 2021 16:09
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91540

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year