IIUM Repository

COVID19: bahaya varian Delta dan bagaimana ia menakluki dunia

Abdul Hamid, Azzmer Azzar and Mohd Nasir, Mohd Hamzah (2021) COVID19: bahaya varian Delta dan bagaimana ia menakluki dunia. Majalah Sains, 12 Aug 2021. E-ISSN 2682-8456

[img]
Preview
PDF (Magazine Article) - Published Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Hampir dua tahun lamanya kita bergelut dengan pandemik COVID-19 yang berpunca dari coronavirus bernama SARS-CoV-2. Secara kronologi, virus ini dipercayai berasal dari sebuah pasar di Wuhan, China. Ia kemudiannya merebak ke seluruh China dan kemudiannya ke seluruh dunia. Akibat interaksi virus dengan persekitaran, termasuk populasi manusia serata dunia telah menyebabkan berlakunya mutasi kepada genom virus untuk membolehkan ia semakin serasi dengan manusia. Dari varian asal Wuhan kepada varian-varian baharu yang diberi nama dari Alpha, Beta, Gamma dan yang terkini dan paling ditakuti adalah varian Delta. Mengapa varian Delta lebih bahaya? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu memahami biologi virus serta mekanisma jangkitannya terlebih dahulu. Coronavirus ini adalah virus yang membawa jujukan genom dalam format kimia mRNA. Rantaian genom tersebut dibaluti oleh struktur yang terdiri dari protein envelop (E-Protein), protein membrane (M-Protein) dan protein deduri (Spike protein) (Rajah 1) .Secara asasnya, virus ini berbentuk sfera dan mempunyai struktur deduri yang terbina dari protein yang dinamakan ‘Spike’. Protein ‘Spike’ inilah menjadi perhatian saintis dunia kerana peranannya yang signifikan dalam proses jangkitan sel perumah.

Item Type: Article (Electronic Media)
Additional Information: 5522/91530
Uncontrolled Keywords: Varian DELTA, COVID-19
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Science
Kulliyyah of Science > Department of Biotechnology
Depositing User: Dr Mohd Hamzah Mohd Nasir
Date Deposited: 16 Aug 2021 09:52
Last Modified: 16 Aug 2021 09:52
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91530

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year