IIUM Repository

Pelanggaran prinsip kerjasama dalam filem Madu Tiga: satu kajian pragmatik

Mohd Yunan, Nur Fatihah and Rosly, Nurul Jamilah (2021) Pelanggaran prinsip kerjasama dalam filem Madu Tiga: satu kajian pragmatik. International Young Scholars Journal of Languages, 4 (1). pp. 91-104. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (166kB) | Request a copy

Abstract

Implikatur adalah penyampaian mesej secara tersirat dengan menggunakan bahasa yang tersurat dan pendengar perlu memproses makna sebenar sesuatu ujaran itu berdasarkan konteks ujaran penutur. Komunikasi yang berkesan semasa perbualan bergantung pada kerjasama antara penutur yang terlibat untuk menghasilkan ujaran yang mudah difahami dan dapat diterima dengan baik. Oleh itu, makalah ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis pelanggaran maksim yang terdapat dalam filem Madu Tiga dan menganalisis makna ujaran yang melanggar maksim berdasarkan dialog watak utama. Kajian ini mengaplikasikan Prinsip Kerjasama Grice (1975) yang menggariskan empat maksim perbualan, iaitu maksim kuantiti, kualiti, relevan dan cara. Pendekatan kualitatif deskriptif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks merupakan kaedah yang bersesuaian untuk diterapkan dalam kajian ini bagi tujuan pengumpulan data berdasarkan ujaran watak utama dalam tempoh sejam filem yang dikaji. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat 30 jenis pelanggaran maksim yang dapat dikesan dalam ujaran watak Jamil yang melibatkan keempat-empat maksim tersebut. Jenis pelanggaran maksim yang mendominasi ialah maksim kuantiti, iaitu sebanyak 12 maksim bersamaan dengan 40% manakala pelanggaran maksim yang paling kurang dilakukan ialah maksim kualiti sebanyak 4 maksim yang mewakili 13.33%. Kajian ini juga mendapati bahawa ujaran yang dituturkan oleh watak utama dalam filem yang dikaji mempunyai makna yang berbeza dengan apa yang disampaikan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa implikatur sering digunakan dalam perbualan masyarakat, khususnya masyarakat Melayu untuk berlaku sopan supaya sesuatu perkara yang disampaikan tidak mengguris hati pendengar

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 6500/91485
Uncontrolled Keywords: filem, implikatur, konteks, maksim, Prinsip Kerjasama
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 13 Aug 2021 16:22
Last Modified: 13 Aug 2021 16:22
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91485

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year