IIUM Repository

Bahasa Kiasan dalam lirik lagu nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza: analisis semantik inkuisitif

Wan Mohd Muzani, Aliaa and Rosly, Nurul Jamilah (2021) Bahasa Kiasan dalam lirik lagu nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza: analisis semantik inkuisitif. International young scholars journal of languages, 4 (1). pp. 31-45. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini bertujuan mencungkil pemikiran dan falsafah yang tersirat dalam liriklagu nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Justeru, terdapat dua lagu yang terpilih iaitu Jaga Dia Untukku dan Seluruh Cinta yang dipilih secara rawak mudah. Kesemua data ini merupakan lagu-lagu terkini yang berbentuk kontemporari dan diadun dengan keindahan bahasa yang puitis. Dapatan kajian ini dianalisis berdasarkan pendekatan semantik inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang untuk menghuraikan makna yang terkandung di sebalik lirik lagu yang terpilih. Penganalisisan data berjaya menghubungkan pemikiran dan falsafah penulis lirik dengan aspek pemilihan kata. Hasil kajian mendapati bahasa kiasan bukan sekadar bentuk perlambangan yang terdapat dalam lirik lagu tetapi mempunyai mesej dan makna yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat. Penghayatan yang mendalam oleh pendengar terhadap lirik lagu boleh membentuk pemikiran yang kritis dan kreatif. Mesej dan nasihat yang tersirat dalam lirik lagu nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza berjaya dicungkil menerusi pendekatan semantik inkuisitif.

Item Type: Article (Book Review)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: bahasa kiasan, lirik lagu, makna, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, semantik inkuisitif
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 12 Aug 2021 14:18
Last Modified: 12 Aug 2021 14:32
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91460

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year