Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi and Muhammad Isa, Rabi'atul Athirah (2020) Sejarah Dan Kaedah Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab, Kementerian Pendidikan Malaysia: Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Jurnal Darul Quran, 24. pp. 145-169. ISSN 2229-9130
|
PDF
Download (11MB) | Preview |
Abstract
Kajian deskriptif kuantitatif ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Hifz alQuran berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Kajian ini melibatkan pelajar Ulul Albab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL). Pengkaji membuat penilaian berdasarkan Model Penilaian Stufflebeam. Kajian ini melibatkan 210 orang responden yang terdiri daripada pelajar Ulul Albab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Instrumen soal selidik telah dibina dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar untuk mendapat data penilaian konteks sebelum diedarkan kepada pelajar. Data kuantitatif daripada set soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan elemen penilaian konteks berada pada tahap tinggi dan menunjukkan tahap penilaian kefahaman yang baik di kalangan pelajar Ulul Albab terhadap pelaksanaan kurikulum TMUA. Implikasi dari kajian ini, penilaian kurikulum TMUA dapat diperkembangkan lagi dari aspek kandungan input dan output supaya kurikulum ini mampu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik, rohani dan akhlaknya.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Additional Information: | 87949/ 4893 |
Uncontrolled Keywords: | Sejarah, Kaedah, Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab, Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LC Special aspects of education > LC905 Islamic Education |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction |
Depositing User: | Mrs. Siti Nor Md Idris |
Date Deposited: | 20 Jan 2021 17:41 |
Last Modified: | 20 Jan 2021 17:41 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/87949 |
Actions (login required)
View Item |