IIUM Repository

Sejarah pembangunan teknologi ketenteraan Kerajaan Banu Marin di al-Maghrib (History of Military Technology Development of the Marinid Kingdom in the Maghreb)

Abul Hassan Ashari, Mohamad Zulfazdlee and Jamsari, Ezad Azraai and Ahmad Safian, Nursafira and Safiai, Mohd Hafiz (2020) Sejarah pembangunan teknologi ketenteraan Kerajaan Banu Marin di al-Maghrib (History of Military Technology Development of the Marinid Kingdom in the Maghreb). Journal of Al-Tamaddun, 15 (2). pp. 147-161. ISSN 1823-7517 E-ISSN 2289-2672

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (269kB) | Request a copy

Abstract

Kerajaan Banu Marin (1215-1465M) ialah sebuah kerajaan Islam yang pernah muncul di al-Maghrib pada abad pertengahan. Kerajaan ini mewarisi kepimpinan Islam di al-Maghrib daripada kekuasaan al-Muwahhidun dianggap sebagai kerajaan Islam yang kuat dan utuh apabila berjaya menguasai seluruh al-Maghrib ketika zaman kegemilangannya. Antara faktor yang mendorong kepada kegemilangan Banu Marin ini ialah kekuatan ketenteraan yang dimilikinya. Makalah ini bertujuan untuk meneliti sejarah ketenteraan darat Banu Marin secara analisis retrospektif, khususnya dalam aspek teknologi ketenteraan mencakupi perihal teknologi persenjataan dan kelengkapan ketenteraan. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai metode pengumpulan data dan analisis data. bersifat kajian kualitatif dengan pengaplikasian reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan pada beberapa sumber primer dan juga sekunder. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif menerusi analisis kritikan dalaman dan kritikan luaran. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa Kerajaan Banu Marin telah memperkasakan sistem ketenteraan darat dengan meningkatkan keupayaan teknologi persenjataan dan kelengkapan ketenteraan. Galakan pemerintah dan kepakaran yang sedia ada dalam masyarakat berjaya memugarkan pembangunan dan penghasilan teknologi ketenteraan darat Banu Marin khususnya. Keupayaan menghasilkan sendiri teknologi persenjataan dan kelengkapan ketenteraan ini menyuntik elemen kekuatan ketenteraan Banu Marin sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik kerajaan ini di wilayah al-Maghrib. Kata Kunci: Banu Marin, sejarah ketenteraan, al-Maghrib, teknologi persenjataan, kelengkapan ketenteraan Abstract The Marinid Kingdom (1215-1465CE) was a Muslim Sultanate which once ruled the Maghreb in the medieval centuries. It succeeded the Muslim leadership of Almohad Caliphate, and was considered as strong and stable when it dominated the entire Maghreb during its golden age. Among the driving factors for Marinid glory was its military prowess. The purpose of this article is to examine the history of Marinid ground military power through retrospective analysis, particularly in the aspect of military technology relating to armaments (weaponry technology and military equipment). The whole of this research used qualitative methodology in data collection and analysis, and was designed to apply historical study and content analysis methods. Documentation method was used in data collection, focusing on some primary and secondary sources. Using a descriptive approach, data was analysed by internal and external critique methods. Research findings conclude that the Marinid Kingdom empowered its ground military system by increasing the capability of its armament and equipment technology. The Marinid ruler’s support and available expertise in society invigorated the development of ground military technology and production of ground military armament. The know-how to produce its own military armament put new strength in Marinid military prowess, at once contributing to the political stability of the Marinid Kingdom in the Maghreb region. Keywords: The Marinids, military history, the Maghreb, armament technology, military equipment

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 8366/87755
Uncontrolled Keywords: Banu Marin, sejarah ketenteraan, al-Maghrib, teknologi persenjataan, kelengkapan ketenteraan Keywords: The Marinids, military history, the Maghreb, armament technology, military equipment
Subjects: D History General and Old World > DT Africa
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 13 Jan 2021 17:10
Last Modified: 13 Jan 2021 17:10
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/87755

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year