Sitiris, Miszairi (2020) Kebolehtanggungjawaban ibadah bagi individu mengalami kecelaruan psiko sosial menurut Islam. In: Psycho-social disabilities: adressing rukhsah and internalization of ibadah, 13th November 2020, Webinar. (Unpublished)
PDF
- Accepted Version
Restricted to Repository staff only Download (638kB) | Request a copy |
Abstract
Ibadah merupakan salah satu tanggungjawab kepada umat Islam yang menjadi asas penciptaan manusia itu sendiri, sebagaimana Firman Allah di dalam surah Al-Dhāriyāt, 56: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKu”, Walau bagaimanapun, melihat kepada laporan Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 menyatakan 4.2 juta dari 30 juta rakyat Malaysia mengalami gangguan kecelaruan psiko-sosial, yang mana kajian itu telah dilakukan ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa masalah mental akan menjadi penyakit kedua tertinggi di dunia pada tahun 2020, telah menarik perhatian penulis untuk mengkaji secara khusus isu kebolehtanggungjawaban individu yang mengalami kecelaruan psiko-sosial di dalam perlaksanaan tuntutan beribadah kepada Allah s.w.t. serta hukum fiqah berkaitan dengannya. Kajian ini cuba menjelaskan pengertian ibadah, pensyariatan serta kepentingannya. Ia turut menghuraikan isu kebolehupayaan tanggungjawab (ahliyyah al-taklīf) manusia di dalam menerima kewajipan beribadah kepada Allah s.w.t. Di samping itu, kajian ini turut menjelaskan faktor atau sebab yang boleh menjejaskan atau menghalang kebolehupayaan tanggungjawab seseorang yang dipanggil sebagai (ʿawāriḍ ahliyyah). Kemudian penulis menghuraikan pengertian kecelaruan psiko-sosial, jenis serta gejala-gejalanya. Kefahaman yang jelas terhadap realiti serta hakikat kecelaruan psiko-sosial ini adalah sangat penting bagi melihat kebolehtanggungjawaban mereka terhadap tuntutan ibadah kepada Allah s.w.t. Kajian ini mengaplikasikan kaedah penyelidikan perpustakaan terhadap penulisan Ulama’ mazhab fiqah terdahulu dan semasa berkaitan tajuk yang dibincangkan. Ia turut menggunakan kajian analisis terhadap kedudukan serta status individu yang mengalami kecelaruan psiko-sosial di dalam menerima tanggungjawab beribadah kepada Allah s,w,t
Item Type: | Conference or Workshop Item (Invited Papers) |
---|---|
Additional Information: | 2419/87052 |
Uncontrolled Keywords: | Ibadah, kecelaruan psiko-sosial, ahliyyah al-taklīf (kebolehupayaan tanggungjawab), ʿawāriḍ ahliyyah (penghalang kebolehupayaan tanggungjawab) |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh |
Depositing User: | DR MISZAIRI SITIRIS |
Date Deposited: | 07 Jan 2021 12:23 |
Last Modified: | 07 Jan 2021 12:23 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/87052 |
Actions (login required)
View Item |