IIUM Repository

Teori situasional orang awam: kajian persepsi pelajar terhadap kebersihan tandas di institusi pengajian tinggi Malaysia

Abdul Manan, Kamaruzzaman and Ahmad, Zeti Azreen (2020) Teori situasional orang awam: kajian persepsi pelajar terhadap kebersihan tandas di institusi pengajian tinggi Malaysia. In: Budaya komunikasi dan teknologi: cabaran masa depan serumpun. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia, pp. 84-87.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kebanyakan fasiliti tandas awam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di lengkapi dengan kemudahan asas yang baik serta dibersihkan secara berkala. IPT menawarkan pelbagai kemudahan kampus untuk memastikan keselesaan kakitangan akademik dan pelajarnya. Menurut QS Stars University Ratings 2020, IPT di Malaysia mempunyai kemudahan asas yang bertaraf Lima bintang (QS Top Universities, 2019). Kebersihan merupakan salah-satu faktor yang penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan bersih. Dalam merealisasikan hal ini, pihak IPT sentiasa komited untuk memastikan tandas-tandasnya berada dalam keadaan bersih. Setiap hari tandas-tandas ini akan dibersihkan sebanyak dua kali (Said, 2019). Walau bagaimanapun sikap tidak bertanggungjawab sesetengah orang awam yang suka mengotorkan dan merosakkan kemudahan tandas telah menjejaskan reputasi tandas awam IPT di Malaysia. Pelajar ialah pengguna tandas yang paling tinggi kerana jumlah mereka yang ramai di IPT. Hal ini demikian kerana mereka mengikuti kelas di bangunan dan tinggal di dalam kawasan IPT. Oleh itu pelajar ialah masyarakat awam yang memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kebersihan tandas sentiasa berada dalam keadaan baik (Abdullah, 2016). Dalam konteks perhubungan awam, perkara tersebut amat penting bagi memahami persepsi orang awam tentang permasalahan ini dapat ditangani dengan berkesan. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengetahui pendapat masyarakat IPT tentang tahap kebersihan tandas awam. Kajian ini dijalankan menggunakan kerangka teori situasional orang awam. Teori ini menyatakan bahawa persepsi orang awam dapat difahami dengan lebih baik dengan mengukur bagaimana keadaan yang dihadapi itu menjejaskan diri mereka (Grunig, 1997).

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 5118/87019
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): UNSPECIFIED
Depositing User: Dr Zeti Azren Ahmad
Date Deposited: 31 Dec 2020 12:09
Last Modified: 31 Dec 2020 12:09
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/87019

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year