IIUM Repository

Penulisan jawi dalam mata pelajaran pendidikan al-quran dan al-sunnah di peringkat menengah : isu dan cabaran

Kamaruzaman, Amrina Rasyada and Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi (2019) Penulisan jawi dalam mata pelajaran pendidikan al-quran dan al-sunnah di peringkat menengah : isu dan cabaran. Journal KIAS, 14. pp. 1-20. ISSN 2289-8050

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kelemahan penggunaan Jawi dalam kalangan pelajar dapat dilihat melalui proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah yang tidak dapat dilaksanakan dengan menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya. Ketidakupayaan pelajar menggunakan tulisan Jawi menangguhkan proses pengajaran dan guru terpaksa menggunakan tulisan rumi dalam subjek Pendidikan Islam. Berdasarkan analisis peperiksaan percubaan SPM untuk subjek al-Quran dan al-Sunnah menurut tiga buah sekolah yang mengambil subjek ini, sejumlah 20 orang pelajar gagal dalam subjek ini. Hujah yang kuat mengapa kegagalan ini adalah kerana subjek al-Quran dan al-Sunnah menggunakan tulisan Jawi. Melalui pemerhatian penyelidik, penggunaan tulisan Jawi yang kurang dipedulikan dan hanya mengajar secara formal di sekolah rendah melalui program J-Qaf manakala di sekolah menengah, ia hanya dimasukkan dalam subjek Pendidikan Islam. Objektif kajian yang dilakukan oleh penyelidik ialah untuk mengenal pasti isu dan cabaran dalam tulisan Jawi, mengetahui prestasi diri pelajar dalam subjek al-Quran dan alSunnah, menentukan tahap pencapaian pelajar dalam tulisan Jawi dan mengaitkan hubungan antara tahap pencapaian pelajar dalam pelajar menulis Jawi dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran al-Quran dan al-Sunnah dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Delimitasi kajian ini hanya memberi tumpuan kepada empat buah sekolah menengah yang mengambil mata pelajaran al-Quran dan al-Sunnah di Bachok sebagai salah satu mata pelajaran elektif. Metodologi kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kuantitatif melalui soalan kaji selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar di empat buah sekolah yang terpilih. Seterusnya satu ujian dalam menulis Jawi dan temubual bersama guru berpengalaman dalam mata pelajaran al-Quran dan al-Sunnah turut dilaksanakan bagi menyokong hasil dapatan kajian melalui soalan kaji selidik. Metode ini dipilih untuk mencapai objektif kajian yang dijalankan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan terhadap isu dan cabaran yang dihadapi bagi penulisan Jawi di sekolah menengah.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 4893/86753
Uncontrolled Keywords: Isu, Cabaran, Jawi, PQS
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education > LC905 Islamic Education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
Depositing User: Mrs. Siti Nor Md Idris
Date Deposited: 21 Dec 2020 11:09
Last Modified: 04 Jan 2021 12:15
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/86753

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year