IIUM Repository

Percampuran kod dalam filem Paskal The Movie

Abdul Halim, Nur Iliyani Natasha and Nahar, Nora'Azian (2020) Percampuran kod dalam filem Paskal The Movie. International Young Scholars Journal of Languages. E-ISSN 2735-2900

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Percampuran kod merupakan fenomena kebahasaan yang telah melanda negara sejak dahulu lagi. Percampuran kod ini sering berlaku dalam kalangan penutur yang menuturkan lebih daripada satu bahasa ataupun dikenali sebagai masyarakat multilingual. Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang mempunyai pelbagai bahasa kerana terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Bukan sahaja kepelbagaian bahasa malah terdapat juga kepelbagaian dialek daerah yang dituturkan oleh rakyat Malaysia. Melalui kepelbagaian ini menyebabkan berlakunya percampuran kod dalam pertuturan seharian rakyat. Terdapat dua jenis percampuran kod, iaitu percampuran kod dalaman (inner code-mixing) dan juga percampuran kod luaran (outer codemixing). Penggunaan percampuran kod secara berlebihan boleh mengakibatkan kedudukan bahasa Melayu tergugat. Jika dilihat pada hari ini, fenomena percampuran kod dalam filem menjadi perkara penting untuk diselitkan dalam dialog sesebuah filem sehingga terdapat filem atau drama yang dianggap keterlaluan menggunakan bahasa luar seperti bahasa Inggeris dalam sesebuah dialog. Hal ini boleh mengakibatkan mutu filem tempatan berkurangan dari segi penggunaan bahasanya. Kajian ini penting untuk melihat bagaimana bentuk dan fungsi percampuran kod itu berlaku berpandukan pendekatan yang dikemukan oleh K.Kanthimathi (2007) dan juga Rodolfo Jacabson (2005). Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan kaedah kepustakaan, pemerhatian filem secara terus dan juga analisis transkripsi. Setelah dianalisis pengkaji mendapati bahawa setiap percampuran kod yang berlaku dalam filem Paskal The Movie mempunyai bentuk dan fungsinya tersendiri.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 9390/86719
Uncontrolled Keywords: campur kod, bentuk campur kod, fungsi campur kod, filem
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 23 Dec 2020 09:55
Last Modified: 23 Dec 2020 09:55
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/86719

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year