IIUM Repository

Pemberhentian hukum kerana pemeliharaan maqasid: hudud sebagai contoh

Mat Jubri@Shamsuddin, Mustafa and Sitiris, Miszairi (2020) Pemberhentian hukum kerana pemeliharaan maqasid: hudud sebagai contoh. In: e-Proceeding Seminar Maya Maqasid Syariah dan Tadbir Urus (SEMASYUR 2020), Kuala Lumpur.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy
[img] PDF (certificate) - Supplemental Material
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Seringkali dilihat maqasid itu mengawal keabsahan hukum taklīfī dari sudut pelaksanaannya, sehinggakan maqasid itu berkuasa menghentikan atau meneruskan pengamalan sesuatu hukum. Dari sudut yang lain, hukum-hukum itu pula dilihat sebagai wasilah kepada maqasid, maka kebenaran dan kewujudan maqasid adalah bergantung kepada pelaksanaan hukum. Dengan merujuk kepada pelaksanaan hukum hudud, maqasid yang mahu dicapai adalah pemeliharaan lima unsur utama (darūriyāt khamsah) serta penjagaan keamanan umum yang terkandung di dalam maksud jalb al-maşlahah. Tujuan utama kajian ini adalah menjelaskan hubungkait antara hukum dan maqasid, dalam konteks hubungan antara jalan (wasīlah) dan tujuan (maqşad), dan antara unsur kecil (juzʾī) dan unsur besar (kullī), dan kesannya dalam pelaksanaan hukum secara umum dan hudud secara khusus. Kajian ini bersandarkan dua kaedah utama, iaitu kaedah pengumpulan data secara induktif dan kaedah penganalisian data secara deduktif. Kepentingan kajian ini adalah terserlah pada pengenalpastian ciri hubungkait antara hukum dan maqasidnya, dan antara maqasid dan hukumnya, dari sudut pengukuran kesan ketidakcapaian maqasid terhadap pelaksanaan hukum, dan pengukuran kesan pemberhentian hukum terhadap pemeliharaan maqasid. Kajian menggariskan beberapa kesimpulan umum yang akan diperolehi, antaranya; pemberhentian sesuatu hukum tidak hanya dilihat dari sudut pemeliharaan maqasidnya sahaja akan tetapi, diambil kira juga sudut-sudut yang lain seperti perubahan faktor pada hukum yang membawanya kepada maqasid yang berbeza, selain itu ketidakcapaian maqasid adalah berpunca dari kegagalan pelaksanaan hukum yang sebenarnya, justeru ia tidak membawa kepada pemberhentian hukum akan tetapi penambahbaikan pelaksanaan hukum tersebut. Hukum hudud dan pelaksanaannya mesti dilihat dari sudut hubungannya dengan maqasid melalui cara ini, kerana pemberhentian hukum sebenarnya mengakibatkan pembatalan maqasid.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 5233/86591
Uncontrolled Keywords: Hukum, Wasilah, Maqasid, Hudud, Maslahah, Mafsadah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP188 Islamic religious life
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP188 Islamic religious life

K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP490 Furūʻ al-fiqh. Substantive law. Branches of law. > BP3790 Criminal law and procedure
K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP425 Uṣūl al-fiqh. Jurisprudence and theory of law. Science of legal reasoning.
K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP490 Furūʻ al-fiqh. Substantive law. Branches of law.
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr. Mustafa Mat Jubri @ Shamsuddin
Date Deposited: 31 Dec 2020 10:05
Last Modified: 31 Dec 2020 10:05
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/86591

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year