IIUM Repository

Kepelbagaian genre karya Mushkil al-hadith klasik hingga kotemporari: satu sorotan terhadap karya-karya pilihan

Amir, Ahmad Nabil and Mohd Marzuki, Zunaidah (2020) Kepelbagaian genre karya Mushkil al-hadith klasik hingga kotemporari: satu sorotan terhadap karya-karya pilihan. In: The Inaugural Jamalullalil Chair for Prophetic Sunnah International Conference (JCICI), 18-19 November 2020, International Islamic University Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (495kB) | Request a copy
[img] PDF (Abstract)
Restricted to Repository staff only

Download (27MB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini menyoroti pemikiran dan perbahasan berkenaan ilmu Mushkil al-Hadith dalam karya-karya hadith klasik hingga kontemporari. Kajian ini berusaha menelusuri perkembangan awal sejarah perkembangan ilmu Mushkil al-Hadith dan pengaruhnya dalam tradisi pemikiran hadith dan pengembangan ilmu dirayah dan riwayah al-Hadith. Penelitian adalah berdasarkan metode analisa isi kandungan secara deskriptif dan analitis melalui karya-karya besar dan berpengaruh yang membawakan perbincangan yang spesifik tentang Mushkil al-Hadith. Ia meneliti metode dan prinsip yang dibangunkan dalam kajian Mushkil al-Hadith, yang ditinjau daripada karya-karya awal yang dihasilkan seperti Mushkil al-Hadith wa Bayanuh oleh Ibn Furak (w. 1015), Mushkil al-Athar oleh Ahmad bin Muhammad al-Tahawi (852-933), Ta’wil Mukhtalif al-Hadith oleh Ibn Qutaybah (828-889) dan Sharh Sahih Muslim oleh Imam al-Nawawi (w. 1277). Perbincangan yang terus berkembang sejak abad pertengahan ini adalah tersebab kepentingan ilmu Mushkil al-Hadith ini dalam mempengaruhi pemahaman hadith yang tepat dengan perbahasannya terus berlanjut ke abad kontemporari. Justeru kajian ini turut membentangkan analisis dan penulisan kontemporari tentang Mushkil al-Hadith sebagaimana terdapat dalam Sahih al-Bukhari: The Early Years of Islam oleh Muhammad Asad (1990-1992). Dapat disimpulkan bahawa perbahasan berkenaan hadith-hadith mushkil klasik hingga kontemporari bukan sahaja terdapat dalam karya-karya khusus dengan tajuk khas “Mushkil Hadith”, bahkan kedapatan dalam pelbagai genre lain seperti berkenaan Gharib Hadith, Syarah Hadith, dan kritik hadith. Kajian lanjut perlu dilakukan dengan menyenaraikan data semakan kepelbagaian genre karya yang mengandungi perbahasan hadith-hadith mushkil untuk rujukan generasi akan datang; malah data ini perlu didigitalkan dalam pelbagai bahasa sebagai rujukan pantas. Kata kunci: Mushkil al-Hadith, Genre, Klasik, Kontemporari, Muhammad Asad,

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 4938/86449
Uncontrolled Keywords: Mushkil al-Hadith, Genre, Klasik, Kontemporari, Muhammad Asad
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP134.S3 Quran and Science
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: Zunaidah Mohd Marzuki
Date Deposited: 17 Dec 2020 14:10
Last Modified: 17 Dec 2020 14:10
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/86449

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year