IIUM Repository

Makna ujaran implisit dalam vlog Mat Luthfi: analisis teori relevans

Nopiah, Julaina and Nasrong, Nur Maizatul Maisarah (2020) Makna ujaran implisit dalam vlog Mat Luthfi: analisis teori relevans. Jurnal Bahasa, 20 (2). pp. 203-230. ISSN 2462-1889

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini memfokuskan penelitian terhadap makna ujaran implisit yang terdapat dalam Vlog Mat Luthfi. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis dokumen berpandukan teori relevans yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson dalam bidang linguistik disiplin pragmatik. Teori ini menekankan tiga gagasan utama, iaitu konteks, kesan kognitif dan usaha memproses. Teori ini menegaskan bahawa tiga konsep ini penting dalam penginterpretasian makna. Data kajian merupakan dialog yang berbaur unsur implisit yang diujarkan oleh watak dalam beberapa video Mat Luthfi. Data yang telah dikenal pasti melalui proses transkripsi dan seterusnya dianalisis berdasarkan TR. Kajian ini turut menggunakan kaedah kepustakaan untuk menerokai dengan lebih lanjut tentang ujaran implisit dan TR. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat sepuluh ujaran dalam vlog mengandungi unsur implisit. Ujaran yang mengandungi unsur implisit menunjukkan bahawa penutur mempunyai mesej tertentu yang ingin disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menjelaskan bahawa ujaran yang diperkatakan oleh masyarakat Melayu boleh membawa pelbagai maksud dan bukan sekadar makna literal untuk difahami dan ditafsirkan dengan betul akan ujaran tersebut. Maka, pentafsiran makna sesebuah ujaran itu menjadi lebih mudah diinterpretasi dengan kehadiran TR.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 8802/86064
Uncontrolled Keywords: vlog Melayu, Teori Relevans, pragmatik, unsur implisit, interpretasi
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 15 Dec 2020 15:49
Last Modified: 15 Dec 2020 15:49
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/86064

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year