IIUM Repository

al-Hafiz Ibn Dihyah al-Kalbi (633H/1235M) dan penjelasan hadith-hadith mushkil berkaitan khasa'is Rasulullah

Jamil, Khairil Husaini and Muhammad Nazreen, Abd Rahman (2020) al-Hafiz Ibn Dihyah al-Kalbi (633H/1235M) dan penjelasan hadith-hadith mushkil berkaitan khasa'is Rasulullah. In: The Inaugural Jamalullail Chair for Prophetic Sunnah International Conference (JCIC1): Engagement with Obscure Qurʾanic Verses and Ḥadīth Texts in Classical and Modern Literature, 19 November 2020, Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (PowerPoint Presentation) - Presentation
Restricted to Registered users only

Download (778kB) | Request a copy
[img] PDF (Certificate of Presentation) - Supplemental Material
Restricted to Registered users only

Download (497kB) | Request a copy
[img] PDF (Conference Programme and Abstracts Book) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (23MB) | Request a copy

Abstract

al-Ḥāfiẓ Ibn Diḥyah al-Kalbī (633H/1235M) ialah salah seorang tokoh hadis kurun ke-7 hijrah yang terkenal dengan karyanya al-Tanwīr fī Mawlid al-Sirāj al-Munīr yang, meskipun belum diterbitkan secara lengkap berdasarkan kaedah percetakan moden, dianggap sebagai kitab yang pertama dikarang oleh seorang tokoh hadis berkaitan kelahiran baginda Nabi SAW. Beliau juga dikenali dengan beberapa kitab yang lain yang dianggap sebagai yang pertama dalam genre berkaitan karya tersebut. Ketokohan beliau dalam lapangan hadis dinilai berdasarkan karya-karya tersebut dan kedudukan beliau sebagai mahaguru yang pertama di Dār al-Ḥadīth al-Kāmiliyyah, institusi hadis diraja yang kedua ditubuhkan dalam sejarah Islam selepas Dār al-Ḥadīth al-Nūriyyah. Institusi ini diasaskan di negara Mesir oleh anak saudara Ṣalāh al-Dīn al-Ayyūbī iaitu al-Malik al-Kāmil Abū al-Maʿālī Muḥammad ibn Sayf al-Dīn Abū Bakr I (576-635Η). Antara karya Ibn Diḥyah yang terkenal ialah Nihāyat al-Sūl fī Khaṣāʾiṣ al-Rasūl yang merupakan karya terawal yang memperincikan keistimewaan, hukum dan keadaan yang khas untuk baginda Rasulullah SAW. Makalah ini akan membentangkan pendekatan Ibn Diḥyah dalam menghuraikan kemusykilan berkaitan hadis-hadis dalam bab khasāʾiṣ al-Rasul ini. Kajian dalam hal ini menunjukkan bahawa persoalan mushkil al-ḥadīth bukan sahaja menyentuh hadis-hadis dalam soal keimanan atau perundangan, tetapi turut merangkumi hadis-hadis dalam lapangan sirah. Memandangkan Ibn Diḥyah telah menetapkan bahawa khaṣāʾiṣ tidak boleh menerima naskh (pemansuhan), kajian berkenaan mushkil al-ḥadīth dalam aspek ini adalah sangat diperlukan. Kajian ini juga merakamkan harapan agar soal mushkil al-ḥadīth dalam lapangan sirah akan diberikan tumpuan yang lebih meluas.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 6337/85709
Uncontrolled Keywords: Khaṣāʾiṣ al-Rasūl, Ibn Diḥyah al-Kalbī, mushkil al-ḥadīth, hadis sirah, Nihāyat al-Sūl.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP135 Hadith literature. Traditions. Sunna
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: Dr. Khairil Husaini Bin Jamil
Date Deposited: 15 Dec 2020 15:12
Last Modified: 14 Sep 2022 15:04
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/85709

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year