IIUM Repository

Peribahasa Melayu berunsurkan burung: satu analisis semantik inkuisitif.

Nopiah, Julaina and Amran, Muhammad Nor Sahfiq (2020) Peribahasa Melayu berunsurkan burung: satu analisis semantik inkuisitif. International Young Scholars Journal of Languages. ISSN 0128-2565

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Makalah ini bertujuan mencungkil falsafah dan juga akal budi Melayu yang tersirat dalam peribahasa berunsurkan burung. Berdasarkan data, terdapat empat peribahasa terpilih berunsurkan variasi burung berbeza iaitu pipit, enggang, pegar dan juga pungguk. Kesemua data diambil daripada pengkalan data www.malaycivilization.com Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pendekatan semantik inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang diaplikasikan dalam penganalisisan data. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna peribahasa Melayu yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya. Hasil kajian mendapati unsur burung yang berfungsi sebagai perlambangan dalam peribahasa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri. Pengamatan yang teliti oleh masyarakat Melayu terhadap alam sekeliling menyumbang kepada pemikiran kritis untuk menyampaikan mesej dalam bentuk tersirat dan penuh kesantunan. Pelbagai ilmu dan falsafah yang tersirat dalam peribahasa Melayu berjaya dicungkil menerusi pendekatan semantik inkuisitif.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 8802/85385
Uncontrolled Keywords: peribahasa melayu, burung, akal budi melayu, semantic inkuisitif, rangka rujuk silang
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 26 Nov 2020 11:07
Last Modified: 26 Nov 2020 11:07
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/85385

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year