Nopiah, Julaina and Amran, Muhammad Nor Sahfiq
(2020)
Peribahasa Melayu berunsurkan burung: satu analisis semantik inkuisitif.
International Young Scholars Journal of Languages.
ISSN 0128-2565
Abstract
Makalah ini bertujuan mencungkil falsafah dan juga akal budi Melayu yang tersirat dalam peribahasa berunsurkan burung. Berdasarkan data, terdapat empat peribahasa terpilih berunsurkan variasi burung berbeza iaitu pipit, enggang, pegar dan juga pungguk. Kesemua data
diambil daripada pengkalan data www.malaycivilization.com Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pendekatan semantik inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang diaplikasikan dalam penganalisisan data. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna peribahasa Melayu yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya. Hasil kajian
mendapati unsur burung yang berfungsi sebagai perlambangan dalam peribahasa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri. Pengamatan yang teliti oleh masyarakat Melayu terhadap alam sekeliling menyumbang kepada pemikiran kritis untuk menyampaikan mesej dalam bentuk tersirat dan penuh kesantunan. Pelbagai ilmu dan falsafah yang tersirat dalam peribahasa Melayu berjaya dicungkil menerusi pendekatan semantik inkuisitif.
Actions (login required)
|
View Item |