Abdul Razak, Rajabi and Mohd Roslin Hazer, Nurul Amira and Othman, Raihan and Md Zain, Dzul Haimi and Naamandadin, Nurul Akmam and Musa, Mukhtaruddin (2020) Analisa fizikal terhadap kondusi manuskrip Melayu dalam koleksi Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC). In: Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu (PAPAM) 2020,, 18th-19th February 2020, Taichung, Taiwan.
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Manuskrip sinonim dengan kitab lama mahupun naskah yang ditulis menggunakan tangan, bermula seawal kurun ke-13 sebelum terciptanya teknologi pencetak. Manuskrip Melayu merupakan khazanah negara yang berharga peninggalan nenek moyang yang mencatatkan pelbagai sejarah, peristiwa-peristiwa penting, kepelbagaian ilmu mengenai alam, agama, kehidupan, serta perubatan. Khazanah ilmu dan rahsia kehidupan yang terkandung dalam Manuskrip inilah yang telah menyumbang kepada penyebaran agama Islam, perkembangan manusia, permodenan teknologi serta perubatan. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memelihara naskah-naskah ini agar terus utuh dan dapat diwarisi kepada generasi akan datang. Justeru, penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menganalisa sifat fizikal manuskrip menurut perspektif konservasi yang terdapat pada Manuskrip Melayu sejak dari kurun ke-13 hingga awal kurun ke-19. Sebanyak 30 naskah dari koleksi Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam telah dikenalpasti dan dianalisa sifat fizikalnya melalui kaedah visual dan analisa saintifik. Penggunaan digital mikroskop adalah salah satu peralatan yang mudah bagi mengenalpasti kondisi dakwat diatas kertas yang digunakan. Jenis kertas juga dikenalpasti dengan menganalisa tera air yang terdapat pada naskah manuskrip dari koleksi institut ini. Tera air pada kertas yang dikenalpasti adalah seperti 3 star in shield (3 bintang), lion (singa), elephant (gajah), tre lune (3 bulan sabit), man in shield dan fleur de lis. Selain daripada itu, penelitian awal juga mendapati terdapat kesan-kesan kerosakan pada struktur, perekatan permukaan, kerosakan kimiawi dan biologikal yang menjadi faktor kelemahan bahan yang menyebabkan keadaan manuskrip menjadi rapuh. Hampir keseluruhan manuskrip yang dikaji ditulis tangan dengan menggunakan dakwat karbon yang tahan lebih lama. Walaubagaimanpun terdapat beberapa manuskrip yang dikenalpasti mengunakan dakwat dari iron gall dan dapati terdapat seperti kesan terbakar dipermukaan kertas.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Plenary Papers) |
---|---|
Additional Information: | 7457/85288 |
Uncontrolled Keywords: | analisa bahan, dakwat, kertas, Manuskrip Melayu, memelihara |
Subjects: | A General Works > AM Museums (General). Collectors and collecting (General) Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z004 Books. Writing. Paleography |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Architecture and Environmental Design Kulliyyah of Architecture and Environmental Design > Department of Applied Arts and Design Kulliyyah of Engineering Kulliyyah of Engineering > Department of Science |
Depositing User: | Dr Rajabi Abdul Razak |
Date Deposited: | 03 Dec 2020 14:45 |
Last Modified: | 03 Dec 2020 14:45 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/85288 |
Actions (login required)
View Item |