Kasdan, Junaini and Nopiah, Julaina
(2020)
Padi dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif.
In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu 2020, 18th - 19th February 2020, Taiwan.
Abstract
Peribahasa dihasilkan melalui ilham yang tercetus akibat pengamatan dan tafsiran masyarakat
silam terhadap alam persekitaran yang memperlihatkan ciri-ciri yang bertepatan dengan sifat
manusia. Alam persekitaran dan keadaan sekeliling merupakan sumber inspirasi dan dijadikan
simbol dalam sesuatu peribahasa. Penggunaan peribahasa berkaitan resam padi yang
lazimnya menjadi ikutan masyarakat Melayu melalui sifatnya yang menunduk, memberikan
ilham kepada pengkaji untuk menerokai akal budi yang tersembunyi di sebalik penciptaan
peribahasa ini. Sehubungan itu, tulisan ini bukan sahaja ingin melihat hubungan antara
bahasa dan pemikiran, tetapi sebaliknya cuba mencungkil akal budi Melayu menerusi resam
padi yang ditonjolkan dalam peribahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan Semantik
Inkuisitif. Justeru itu, data peribahasa yang berkaitan diambil daripada pangkalan data
www.malaycivilization.com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (1989). Analisis rangka
rujuk silang dilakukan terhadap deria rasa yang terdapat dalam kiasan Melayu berdasarkan
data korpus yang wujud. Gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalam mampu
menghasilkan penghuraian makna kiasan Melayu sehingga ke akal budi penuturnya. Hasil
kajian mendapati resam padi yang menunduk telah dikonsepsikan sebagai sifat rendah diri.
Tingkah laku positif dan negatif ditonjolkan menerusi perbandingan padi dan lalang dalam
peribahasa. Kesimpulannya, peribahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu
bukanlah sekadar ungkapan kosong yang menarik, tetapi sebaliknya tersembunyi pelbagai ilmu
dan falsafah yang tinggi seandainya kita amatinya dengan teliti.
Actions (login required)
|
View Item |