IIUM Repository

Buli dalam kalangan pelajar sekolah: persidangan kumpulan keluarga sebagai alternatif kepada hukuman

Ab Aziz, Norjihan and Ab Hamid, Zuraini and Mohamad Amin, Noor Shuhadawati (2020) Buli dalam kalangan pelajar sekolah: persidangan kumpulan keluarga sebagai alternatif kepada hukuman. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 32 (2). pp. 275-296. ISSN 0128-2670 E-ISSN 2682-8057

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (278kB) | Request a copy

Abstract

Buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah tidak boleh diambil mudah. Terdapat garis panduan dan polisi tertentu yang membolehkan pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap pelaku buli. Malah pelaku buli boleh diambil tindakan undang-undang sekiranya perlu. Namun begitu, Persidangan Kumpulan Keluarga telah dilaksanakan di beberapa buah negara sebagai alternatif kepada hukuman bagi kesalahan buli di sekolah. Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes buli dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia, dan proses penyelesaiannya menurut undang-undang. Analisis terhadap penyelesaian kes buli di sekolah melalui Persidangan Kumpulan Keluarga dilakukan sebagai alternatif kepada hukuman seperti yang dilaksanakan di negara-negara terpilih. Berdasarkan respons positif berkaitan Persidangan Kumpulan Keluarga sebagai penyelesaian kes buli di sekolah, disarankan agar proses ini diperkenalkan di Malaysia bagi menambah baik penyelesaian terhadap kesalahan buli di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merujuk akta, kes yang diputuskan, serta penulisan ilmiah seperti buku, dan jurnal.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 7509/83883
Uncontrolled Keywords: Buli di sekolah, jenayah kanak-kanak, Persidangan Kumpulan Keluarga
Subjects: K Law > K Law (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Legal Practice
Depositing User: Dr. Norjihan Ab Aziz
Date Deposited: 22 Oct 2020 16:01
Last Modified: 22 Oct 2020 16:01
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/83883

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year