IIUM Repository

Aplikasi kaedah-kaedah fiqh dalam isu-isu semasa pandemik Covid-19

Mochammad Sahid, Mualimin and Fettane, Amar and Baharuddin, Ahmad Syukran (2020) Aplikasi kaedah-kaedah fiqh dalam isu-isu semasa pandemik Covid-19. In: International Seminar on Syariah and Laws 2020 (INSLA 2020), 27th-28th October 2020, Online platform via Zoom. (Unpublished)

[img] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (717kB) | Request a copy
[img] PDF - Supplemental Material
Restricted to Registered users only

Download (851kB) | Request a copy

Abstract

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia hari ini telah mengorbankan lebih sejuta mangsa meninggal dan menjangkiti jutaan lagi manusia. Sejarah akan mencatat musibah ini sebagai musibah terbesar abad 21 yang telah mengubah struktur kehidupan manusia yang belum pernah berlaku sebelum ini. Pelbagai cabaran dialami manusia semasa musibah berlaku dan bermula lah apa yang dikenali sebagai norma baharu dalam hidup manusia sama ada secara individu mahupun masyarakat. Sebagai agama yang Syamil (lengkap) dan salih likulli zaman wa makan (sesuai dengan segala zaman dan tempat), ajaran Islam (Syarak) menjadi panduan yang dapat digunapakai dalam mendepani segala cabaran era baharu dan memberi jawapan (solusi) bagi isu-isu semasa Pandemik Covid-19. Artikel ini membincangkan aplikasi prinsip-prinsip (kaedah) fiqh yang digunapakai sebagai panduan dan jawapan pelbagai persoalan yang dihadapi masyarakat. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif iaitu menggunakan kajian perpustakaan dengan menganalisis dokumen primer dan sekundar seperti kitab rujukan (turath), serta penulisan akademik di dalam jurnal dan artikel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa prinsip ajaran syarak yang terhimpun dalam kaedah fiqh menjadi rujukan dalam menentukan sesebuah hukum isu-isu yang berlaku. Ini menjadi bukti bahawa keanjalan hukum syarak mampu mendepani pelbagai isu semasa yang sentiasa berubah. Prinsip thawabit (yang kekal tidak berubah) dan mutaghayyirat (yang berubah) tetap diambil kira sebagai satu dasar rujukan dalam hukum hakam syarak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 6722/83740
Uncontrolled Keywords: Aplikasi, kaedah fiqh, pandemik, covid-19
Subjects: K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: DR AMAR FETTANE
Date Deposited: 28 Oct 2020 10:24
Last Modified: 28 Oct 2020 10:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/83740

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year