Hj Ibrahim, Badruddin and Mohd, Azizah and Abd. Rashid, Siti Zainab (2020) Nafkah saudara sedarah sesisi (Hawashi) dalam Undang-undang Islam di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 32 (2). pp. 320-340. ISSN 0128-2670 E-ISSN 2682-8057
|
PDF
Download (293kB) | Preview |
Abstract
Dalam Islam, saudara sedarah sesisi (hawashi) adalah satu lagi kategori orang-orang yang berhak menerima nafkah daripada saudara-mara mereka terutama ketika keadaan memerlukan atau ketika mereka tidak berkemampuan menanggung nafkah diri mereka sendiri sedangkan dalam masa yang sama mempunyai saudara-mara lain yang berkemampuan dan kaya raya. Kajian ini membicarakan tentang 'Nafkah’ ke atas saudara sesisi (hawashi) sebagai satu instrumen untuk memastikan perlindungan berterusan kepada saudara mara di dalam undang-undang Islam. Perbincangan merangkumi pandangan fuqaha tentang nafkah hawashi dalam Islam serta asas tanggungjawab untuk menanggung saudara-mara termasuklah prinsip-prinsip dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w., dan perbincangan ulama kontemporari terhadap sejauh mana tanggungjawab seseorang untuk menanggung saudara-mara. Seterusnya, kajian ini juga akan meneliti pemakaian undang-undang Islam di Malaysia yang berkaitan dengan tanggungjawab menanggung nafkah saudara-mara. Bagi tujuan perbandingan, perbincangan juga akan merangkumi Peruntukan undang-undang tentang nafkah saudara mara di beberapa buah negara-negara Islam. Kajian ini secara umumnya menggunakan metod kajian perpustakaan dan menganalisa kitab-kitab feqah dan peruntukan undang-undang tentang nafkah hawashi. Hasil kajian ini dirasakan amat penting bagi tujuan penambahbaikan peruntukan undang-undang Islam tentang nafkah yang sedia ada di Malaysia.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Additional Information: | 2245/82851 |
Uncontrolled Keywords: | Nafkah (nafaqah), undang-undang Islam, nafkah adik beradik, saudara sedarah sesisi (Hawashi), undang-undang di Malaysia, undang-undang di negara-negara Islam |
Subjects: | K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Islamic Law Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws |
Depositing User: | Dr Azizah Mohd |
Date Deposited: | 11 Sep 2020 10:41 |
Last Modified: | 05 Jan 2021 14:02 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/82851 |
Actions (login required)
View Item |