IIUM Repository

Peranan proses pelipatan protein terhadap penyakit prion

Tengku Abdul Hamid, Tengku Haziyamin (2020) Peranan proses pelipatan protein terhadap penyakit prion. Majalah Sains. E-ISSN 2682-8456

[img] PDF (Magazine ( online)) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Protein adalah salah satu bio-makromolekul penting yang mempunyai pelbagai fungsi dalam tubuh. Proses-proses metabolisma dikendalikan oleh enzim-enzim dan semua enzim ini adalah diperbuat daripada protein. Struktur tiga dimensi (3D) protein amat penting dalam ia menjalankan kerja serta fungsinya dan struktur ini diolah dalam empat tahap hierarki (Rajah 1). Stuktur tiga dimensi ini adalah unik dan ia sering dirujuk sebagai struktur asli (natif). Contohnya, stuktur asli amilase, enzim pencerna polisakarida tidak sama dengan struktur asli enzim pencerna lemak lipase. Selain daripada enzim, protein juga berfungsi dalam rangka yang menyokong struktur sel seperti rangka sito dan protein juga membentuk bahan gentian otot. Protein dibina berpandukan maklumat genetik yang disimpan dalam jujukan DNA, dalam proses yang dikenali sebagai translasi menggunakan templat mRNA pada kompleks ribosom. Seperti juga DNA dengan jujukan bes nukelotida, protein mempunyai maklumat dalam jujukan asid-asid amino. Walaubagaimanaun, selain daripada meyimpan maklumat dalam jujukan amino asid, protein itu sendiri menjalankan tugas atau fungsi tertentu berpandukan struktur 3D.

Item Type: Article (Magazine)
Additional Information: 4261/81778
Uncontrolled Keywords: Protein folding, Prion diseases
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Science > Department of Biotechnology
Depositing User: Dr Tengku Haziyamin Tengku Abd Hamid
Date Deposited: 23 Jul 2020 14:47
Last Modified: 25 Nov 2020 09:56
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/81778

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year