IIUM Repository

Penambahbaikkan terhadap peranan pendakwa syarie melalui pindaan prosedur jenayah syariah

Kamarudin, Abdul Rani and Yaacob, Baharuddin (2011) Penambahbaikkan terhadap peranan pendakwa syarie melalui pindaan prosedur jenayah syariah. Shariah Law Reports, 1. xl-xlvi. ISSN 1985-4250

[img]
Preview
PDF (Penambahbaikkan terhadap peranan pendakwa syarie melalui pindaan prosedur jenayah syariah) - Published Version
Download (864kB) | Preview

Abstract

Akta Kanun Prosedur Jenayah (Pindaan) 2010 telah memberikan pengertian yang agak berlainan terhadap peranan seorang pendakwa raya. Sebelum ini, matlamat seorang pendakwa, tiada lain melainkan menjurus kepada mendapatkan sabitan pertuduhan ke atas mana-mana orang kena tuduh ('OKT'). Maka sebaik sahaja pertuduhan sudah dibacakan dan diterangkan kepada OKT, dan jika OKT minta dibicarakan, langkah seterusnya bagi seorang pendakwa adalah menjurus terus kepada mengemukakan keterangannya pada hari perbicaraan yang ditetapkan bagi mewujudkan kes prima facie (beban keterangan) terhadap OKT tersebut, dan supaya hakim memerintahkan OKT untuk masuk mebuat pembelaannya terhadap pertuduhan itu. Tidak ada apa-apa bentuk pertemuan bagi sebarang rundingan dan perbincangan di antara kedua-dua pihak yang bersaing. Mungkin ini ekoran sistem perbicaraan ala persaingan yang diguna pakai baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri-negeri oleh Mahkamah-mahkamah Syariah. Pun begitu, dengan pindaan terkini kepada Kanun Prosedur Jenayah ('KPJ'), sebaik sahaja OKT dituduh dan minta dibicarakan, sebelum perbicaraan dapat dimulakan, pendakwa dikehendaki mengadakan rundingan prabicara (pre trial conference) dengan OKT, dituruti pula dengan pengurusan kes (case managament). OKT juga boleh membuat permohonan bagi rundingan akuan (plea bargaining). Bermaksud, seorang pendakwa kini perlu memainkan peranan yang proaktif, antara lain, untuk mengatasi masalah kes-kes tertunggak yang belum selesai di mahkamah jenayah dan untuk menggalakkan pelupusan kes jenayah dengan cepat. Kertas ini akan menjalankan peruntukan-peruntukan dan huraian yang terdapat pada Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 agar penambahbaikkannya kepada sistem keadilan jenayah negara haruslah sama diaplikasikan ke dalam Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Negeri-Negeri Persekutuan Malaysia ke arah memartabatkan undang-undang Islam di Malaysia.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 1590/8085
Uncontrolled Keywords: Syariah Court prosecutor, islamic law, criminal law
Subjects: K Law > K Law (General)
K Law > KBP Islamic Law
K Law > KPG Malaysia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Legal Practice
Depositing User: Assoc. Prof Dr. Abdul Rani Kamarudin
Date Deposited: 11 Dec 2011 21:38
Last Modified: 07 Oct 2013 12:11
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/8085

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year