Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah (2020) Revolusi bahasa dan asas tamadun (Siri 3): kerajaan terawal dan bahasa para nabi. In: Revolusi Bahasa Dan Asas Tamadun (Siri 3), 15 May 2020, Kuala Lumpur, Malaysia.
PDF (whatapps message)
Restricted to Repository staff only Download (716kB) | Request a copy |
||
PDF
Restricted to Repository staff only Download (501kB) | Request a copy |
||
|
PDF (topik perbualan siri 3)
Download (404kB) | Preview |
Abstract
Nabi Hud a.s. dipercayai menetap di negeri Yaman, di sebuah tempat yang bernama al-Ahqaaf, yang terdapat bukit berpasir. Kaum yang menetap di bandar ini terdiri daripada kaum ‘Ad yang pertama, iaitu jalur salasilah mereka sampai kepada Nabi Nuh a.s. . Mereka mendiami rumah yang terdapat tiang yang besar: إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ ٧ٱلَّتِي لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِي ٱلۡبِلَٰدِ ٨ Maksud: Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya (sesuai dengan penduduknya), yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya). (Surah al-Fajr 89: 7 − 8) Selain itu, mereka juga membangunkan istana dan benteng yang tinggi, lantas berasa bangga diri dengan bangunan tersebut: أَتَبۡنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءَايَة تَعۡبَثُونَ (128) وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمۡ تَخۡلُدُونَ (129) Maksud: Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik. Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya? (Surah al-Syu’ara’ 26: 128 – 129)
Actions (login required)
View Item |