IIUM Repository

Kepentingan memahami struktur protein dalam memerangi dan mengawal sesuatu wabak.

Tengku Abdul Hamid, Tengku Haziyamin (2020) Kepentingan memahami struktur protein dalam memerangi dan mengawal sesuatu wabak. Majalah Sains. E-ISSN e-ISSN : 2682-8456

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Enzim terlibat dalam pelbagai rangkaian tindak balas metabolisma yang terdapat pada organisma hidup. Enzim kebanyakannya terdiri daripada protein. Tanpa pengetahuan tentang struktur protein, fungsi sesuatu protein seperti enzim tidak dapat difahami. Pengetahuan mengenai struktur dan fungsi enzim ini banyak membantu dalam mencegah atau memerangi wabak berjangkit seperti denggi, tuberkulosis, HIV, taun serta sebarang penyakit berkait metabolisma tubuh seperti anteroskelerosis, anemia, fenilketonuria, diabetis dan lain-lain. Sebagai contoh, dalam wabak Covid19 yang telah menjadi pandemik pada awal 2020, sementara menunggu vaksin tiba, ubat berbentuk anti-viral tersedia menjadi pilihan untuk memulihkan pesakit. Untuk menguji ubat tersebut, pengetahuan mengenai struktur protein amat diperlukan. Protein pancang (spikes) pada permukaan virus telah menjadi fokus dalam kalangan para penyelidik kerana Virus Covid 19 memerlukan protein ini untuk berpaut pada penerima (reseptor) protein yang terdapat di permukaan sel-sel tisu epidermal salur pernafasan manusia (Rajah 1). Pengetahuan mengenai struktur protein pancang dan struktur protein reseptor manusia menjadi kunci kepada kejayaan membangunkan ubat atau vaksin. Kaedah pengkomputeran bioinformatik digunakan untuk mensimulasikan saling-tindak antara bahan bakal ubat dengan protein reseptor manusia. Sebatian yang berpotensi jika ianya berjaya, dapat menghalang proses pemautan di antara virus dan sel manusia. Oleh itu, boleh dikatakan tanpa pengetahuan struktur protein, proses pembangunan ubat atau terapeutik tidak dapat dilakukan. Bagaimana pula struktur protein diperolehi atau diketahui? Dalam kajian biologi struktur terdapat 3 teknik utama yang digunakan untuk mempelajari protein. Teknik-teknik ini termasuklah;

Item Type: Article (Magazine)
Additional Information: 4261/80463
Uncontrolled Keywords: protein ; Virus Covid 19 ; metabolisma tubuh ; anteroskelerosis ; anemia ; fenilketonuria ; diabetis
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Science > Department of Biotechnology
Depositing User: Dr Tengku Haziyamin Tengku Abd Hamid
Date Deposited: 14 May 2020 12:03
Last Modified: 24 Feb 2021 00:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/80463

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year