IIUM Repository

The first colour in the world

Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah (2020) The first colour in the world. In: Special Interview on making the Documentary `After Adam`, 22 January 2020, Kuala Lumpur, Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (abstract)
Restricted to Registered users only

Download (372kB) | Request a copy
[img] PDF (surat penerbit)
Restricted to Repository staff only

Download (282kB) | Request a copy

Abstract

Mitos budaya paling lama yang bertahan sehingga hari ini bagi bangsa Yahudi ialah idea tentang “tanah yang dijanjikan” atau the promised land. Propaganda bahawa “Palestin sebagai tanah air Yahudi itu benar” berterusan hingga hari ini. Hal ini termasuk dalam kajian Biblical Study yang terus-menerus menafikan hak sejarah purba Palestin. Menurut Keith W. Whitelam (1996), kajian Bible tidak pernah memberikan peluang untuk membincangkan alam purba Palestin yang dihuni oleh bangsa Kan’an. Bangsa ini diakui sebagai proto Arab oleh kebanyakan ahli sejarah genealogi sebagai pemilik asal bumi Palestin. Peta Penaklukan Israel di bumi Palestin 1946 – 2000 membuktikan dakwaan ini (crimesofempire.com). Penubuhan negara baharu Israel tidak wujud sehingga abad ke-19 apabila Kerajaan British meluaskan pemerintahannya di sebelah timur negara Arab. Sejarah Palestin purba pada hakikatnya tidak pernah menjadi sebahagian daripada kurikulum sekolah di Eropah dan Amerika Syarikat walaupun Palestin dilaungkan sebagai “tanah yang dijanjikan untuk orang Yahudi”. Propaganda tersebut ternyata hanyalah rekaan. Oleh sebab itu, mereka tidak meletakkannya dalam pembelajaran untuk generasi akan datang. Terdapat juga suara yang mengkritik dan menegaskan bahawa idea yang berslogan glorious ancient Israel merupakan pentafsiran yang salah oleh Biblical Study. Dalam kalangan ahli akademik, mereka kemudiannya cuba mencari sumber yang objektif, seperti bukti peninggalan zaman paleolitik, mesolitik, neolitik, kalkolitik dan Mesopotamia. Oleh itu, didapati ramai dalam kalangan ahli akademik Barat sama ada dalam bidang sejarah, arkeologi, geografi, bahasa, teologi atau genealogi cuba membongkar maklumat kuno Palestin ini. Oleh itu, penemuan hasil kajian menjadi bukti yang jelas bahawa sejarah terawal dunia menyokong identiti asal sejarah kuno Palestin. Kajian ini diperluas lagi dengan bukti daripada kajian linguistik seperti penemuan tulisan hieroglifi dan syallabi orthografi yang membuktikan bahawa linguistik merupakan suatu metod yang boleh menjadi dalil objektif dan saintifik terhadap penggunaan bahasa kuno yang dituturkan pada zaman Palestin purba. Bagi Biblical Study, pendekatan linguistik ini memberikan suatu pengiktirafan kepada pengkaji dari Barat secara eksklusifnya bahawa merekalah yang mengetuai ekspedisi untuk mengkaji bahasa yang digunakan oleh penduduk terawal Palestin. Banyak kenyataan yang dikemukakan oleh Biblical Study cuba menafikan kewujudan sejarah purba Palestin. Namun begitu, pada hakikatnya, bahasa asal bumi Palestin ialah bahasa Kan’an yang disebut sebagai bahasa semitik barat (west semitik) yang sudah diakui oleh pakar sejarah bahasa. Penggunaan perkataan Kan’an ini terbukti apabila kajian menemukannya tercatat dalam surat di Amarna bertarikh sekitar 1350 Sebelum Masihi dan kini tersimpan di dalam sebuah arkib di Mesir. Perkataan Kan’an ini juga terdapat dalam rekod Sumeria yang bertarikh 3000 Sebelum Masihi. Perkataan Kan’an ini dikaitkan dengan “Phoenicia” kerana kedua-dua nama ini merujuk pewarna merah atau ungu daripada kulit siput Murex (Murex Shells) yang terkenal di rantau itu pada waktu tersebut (Anne Marie Smith, 2012:108). Oleh sebab itu, mereka dikenali sebagai kaum yang mahir dalam pembuatan warna. Namun begitu, Bible tidak pernah menyebut bahawa Palestin merupakan “rantau penghasil pewarna”. Kawasan ini menjadi pusat perdagangan yang luas dan masyhur, dengan orang Phoenic yang sangat aktif menjalankan aktiviti perniagaan dan pembuatan kapal. Kerajaan Mesir di bawah pemerintahan Raja Mesir pada sekitar tahun 1400 Sebelum Masihi menyerang bandar di sekitar perairan Palestin, termasuklah Gaza yang sememangnya milik bangsa Kan’an (Redford, 1993:241 − 280). Hal ini turut diakui oleh James B. Pritchard (1958) dalam antologinya yang bertajuk Ancient Near East yang menyebut bangsa Kan’an dan mengakui bahawa terdapat 920 batu bersurat Mesir di bumi Kan’an pada ketika itu. Beliau juga mendakwa terjemahan buku The Ancient Libya (hlm. 201) menegaskan bahawa kawasan ini dikenali sebagai milik “tanah orang Phoenicia” (http://mondoweiss.net/2013/06/palestine-ancient-cultures/). Sejarah membuktikan bahawa orang Israel terbahagi kepada dua kumpulan yang berbeza; penduduk negara baharu, iaitu “Israel” dan orang Yahudi kuno. Kedua-dua kumpulan ini tidak mempunyai asal usul yang sama kerana Israel moden kebanyakannya terdiri daripada perpindahan bangsa Ashkenazi, iaitu Judaized yang datang dari timur Eropah. Bani Israel merupakan penduduk Palestin yang dijadikan hamba oleh Sargon, Sheqhoq dan Nebuchadnezar, yang kemudiannya diikuti oleh Ptolemy, Seleucids, Rom dan Kristian. Menurut pandangan ahli sejarah Islam pula, Bani Israel purba ialah mereka yang sama ada menjadi penyembah berhala ataupun yang mengikuti ajaran Nabi Musa a.s. dan menjadi pengganti yang seterusnya, iaitu orang yang beriman. Seperti yang dinyatakan oleh Albright (1957), penduduk Palestin dari sudut arkeologi ialah: The population of early Israelite Palestine was mainly composed of three groups: pre-Israelite Hebrews, Israelites proper and Canaanites of miscellaneous origin. (Albright, 1957:279) Kemudian Albright menggambarkan bahawa orang Kan’an sebagai penduduk yang menyembah patung dan golongan yang primitif. Dua orang ahli sejarah Yahudi, iaitu Laqueur dan Rubin mendakwa bahawa orang Yahudi Eropah yang “kembali” ke Israel telah kembali ke “tanah nenek moyang mereka”: Impelled by this historic association, Jews stove throughout the centuries to go back to the land of their fathers and regain their statehood. In recent decades they returned in their masses. W. Laqueur and B. Rubin (1969), The Israel and Arab Reader: A Documentary History of the Middle East Conflict, New York: Penguin. (Albright, 1957:125). Menurut perspektif sejarah Islam, “Bani Israel” tidak lagi wujud kerana pengusiran orang Yahudi oleh kuasa asing seperti Rom, Parsi, Babylon dan Byzantin. Allah SWT berjanji bahawa tanah Palestin ialah milik Muslim dan Bani Israel yang terdiri daripada ahli kitab yang benar dan adil seperti masyarakat Yahudi yang mengikuti nabi mereka, tetapi bukannya masyarakat Yahudi Israel yang ada pada hari ini, yang kebanyakannya berasal dari Khazar Turkic dan menetap di Rusia dan Eropah Timur. Pengakuan palsu ini terjadi selepas Bani Israel yang asal tidak lagi wujud sebagai suatu bangsa Palestin purba. Hakikatnya, sejarah Palestin diputarbelitkan untuk memenuhi kehendak Biblical Study di Palestin. Oleh itu, penting bagi para intelektual moden mencabar bukti yang tidak kukuh ini kerana kebanyakan bukti dikhuatiri telah dipalsukan. Perkara ini perlu disemak semula dan beberapa persoalan perlu dikemukakan untuk mengenal pasti sumber sejarah yang disalahtafsirkan ketulenannya. Orang Kan’an yang menguasai Palestin pada sekitar tahun 2500 Sebelum Masihi membuktikan bahawa tulisan terawal yang tertulis nama Palestin terdapat pada “tulisan pepaku purba Mesir” (dinamakan oleh orang yang tinggal di kawasan pantai Laut Aegean yang bercampur gaul dengan orang Kan’an) (M.M. al-Azami, 2002, Jilid 1, hlm. 37). Mereka juga membina 200 buah bandar seperti Asqalan, Aka, Haifa, Khalil, Usdud, Biir Saba’a dan Baitulaham (Al-Mawsu`ah al-Filasteen al-Qisnu at-Thani (1990, Jilid 3: 271 − 279 dan 660 − 670). Menurut kebanyakkan ahli sejarah arkeologi, rakyat Palestin yang terdiri daripada orang Kan’an dan suku kaum Arab yang lain menduduki kawasan Palestin sebelum dan selepas kebangkitan Islam

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech/Talk)
Additional Information: 2297/80032
Uncontrolled Keywords: Phoenician, Palestine, Ships, Color
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
A General Works > AZ History of Scholarship The Humanities
B Philosophy. Psychology. Religion > BC Logic
B Philosophy. Psychology. Religion > BD Speculative Philosophy
D History General and Old World > D History (General) > D051 Ancient History
D History General and Old World > D History (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PA Classical philology
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0441 Literary History
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr. Solehah Yaacob
Date Deposited: 28 Jul 2020 11:17
Last Modified: 28 Jul 2020 11:17
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/80032

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year