IIUM Repository

Kesedaran orang awam terhadap pembelajaran bahasa Arab di Malaysia : satu kajian dalam kursus bahasa Arab (Arabic language short course)

Adam, Zalika and Abdul Rahman, Lubna and Wan Ahmad, Wan Azura and Ku Azizan, Ku Fatahiyah (2007) Kesedaran orang awam terhadap pembelajaran bahasa Arab di Malaysia : satu kajian dalam kursus bahasa Arab (Arabic language short course). In: Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL), 14-15 August 2007, Putrajaya Marriott Hotel.

[img] PDF (Kesedaran orang awam terhadap pembelajaran bahasa Arab) - Presentation
Restricted to Repository staff only

Download (102kB) | Request a copy

Abstract

Bahasa Arab telah diiktiraf sebagai salah satu bahasa yang paling banyak dituturkan sama ada oleh bangsa Arab atau bukan bangsa Arab di seluruh dunia. Ini menunjukkan bahawa bahasa ini perlu dipelajari memandangkan penggunaannya juga diakui oleh badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Di Malaysia, pembelajaran bahasa Arab bukan sahaja ditawarkan di peringkat menengah dan universiti, malah pembelajaran bahasa ini mula didedahkan kepada para pelajar sejak di peringkat rendah lagi melalui program JQAF. Pada masa kini, didapati terdapat kursus-kursus bahasa Arab jangka pendek yang ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu seperti pihak universiti dan lain-lain kepada orang awam. Kajian ini meninjau tahap kesedaran orang awam terhadap kepentingan bahasa Arab dan faktor yang menggalakkan mereka menyertai kursus tersebut. Di samping itu, ia mengkaji keberkesanan kursus ini dan cadangan penambahbaikan terhadap kursus yang disertai. Kajian ini memfokuskan kepada kursus bahasa Arab yang dianjurkan oleh pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memandangkan kedua-dua buah institusi ini aktif menganjurkan kursus tersebut kepada orang awam di Selangor dan kawasan sekitarnya. Kaedah soal selidik dan temu bual dijadikan metode utama dalam kajian ini. Kajian ini mendapati bahawa bahasa Arab dipelajari oleh mereka untuk memahami isi kandungan al-Quran dan untuk memenuhi keperluan semasa. Kursus ini didapati sangat bermanfaat kerana dipimpin oleh pakar-pakar bahasa Arab di universiti tersebut melalui pendekatan yang sesuai.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 4257/7997
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Quranic Language Division
Depositing User: zalika adam
Date Deposited: 24 Nov 2011 18:33
Last Modified: 24 Nov 2011 18:38
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/7997

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year