IIUM Repository

Revolusi bahasa dan asas tamadun

Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah (2020) Revolusi bahasa dan asas tamadun. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 9789834923303

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Asas perbincangan buku ini adalah berkisar tentang bahasa purba Mesopotamia. Topik yang dikemukakan agak bersifat analitis dan kritik untuk mencari jawapan bagi persoalan yang dikemukakan. Hakikatnya, perbincangan tentang bahasa merupakan suatu tajuk yang luas meliputi pemikiran masyarakat, sosial, politik dan agama kerana tanpa gabungan semua elemen ini sarjana kini tidak mampu untuk mentafsirkan maklumat silam. Bagi membincangkan isu bahasa agama samawi dan bangsa yang menggunakan bahasa tersebut, analisis terhadap bahasa purba Mesopotamia perlu dilakukan. Kebolehan membaca dan membuat rumusan tentang penggunaan bahasa masyarakat dan pemerintahan silam, serta kedudukan para anbia pada zaman tersebut memerlukan maklumat daripada al-Quran, hadis, kitab tafsir, kitab terawal Arab dan Yahudi, Bible (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru), pandangan orientalis dan juga bukti saintifik. Maklumat berdasarkan sumber tersebut pastinya dapat memberikan jawapan yang berbentuk akademik dan ilmiah tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh sarjana dunia Islam. Oleh sebab kebanyakkan cendekiawan moden dunia Islam agak kurang meneroka maklumat sejarah pada zaman sebelum kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, maka perbincangan tentang hal ini mendapat perhatian yang serius dalam kalangan dunia Barat. Antaranya termasuklah kajian ilmiah terhadap batu bersurat kuno yang kebanyakannya dikuasai oleh dunia Barat, meskipun dapatan kajian mereka hanya berdasarkan pemahaman semata-mata dan boleh diragui kerana tulisan yang terpahat pada batu bersurat tersebut tidak mempunyai huruf vokal (Beeston (ed.), 1983: 2). Oleh itu, penterjemahan yang baik perlu dilakukan oleh pengkaji yang mempunyai asas tentang bahasa tersebut kerana hanya dengan cara ini pemikiran sesuatu tamadun itu dapat dikupas bagi mengelak penterjemahan secara harfiah dan mendapatkan data yang tepat. Meskipun kajian dan penulisan dalam kitab tafsir banyak menceritakan kisah pada zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, namun maklumat tersebut perlu dikemukakan menggunakan kaedah yang saintifik untuk menyokong kandungan al-Quran. Penulis percaya gabungan semua kaedah ini akan melahirkan suatu keputusan yang hampir tepat dan jitu sehinggakan pihak yang menentang agama Islam tidak mampu menolaknya. Apatah lagi kajian terhadap kitab Injil yang dianggap sebagai the window of the ancient world menimbulkan suatu fenomena penjelajahan minda dan arkeologi, kesan penemuan maklumat dalam kitab tersebut yang kebanyakannya benar-benar berlaku dalam dunia Islam. Pembongkaran maklumat pada batu bersurat tersebut dan perkaitannya dengan zaman para nabi memberikan ruang kepada penulis untuk meneroka dan menelusuri salasilah para nabi dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah zaman Nabi Muhammad SAW sehingga terhasilnya buku ini. Penggunaan konsep lingua franca yang dikemukakan oleh orientalis perlu dilihat dari pelbagai aspek, terutamanya pada zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, iaitu zaman Yahudi dan Kristian. Kebanyakan maklumat yang terkandung dalam kitab Taurat dan Injil diubah suai, termasuklah bahasa asalnya. Kajian terhadap jarak masa (timeline) merupakan isu besar yang perlu dibongkar kesahihannya kerana kebanyakan datanya telah dipalsukan. Oleh sebab itu, kajian penggunaan bahasa purba Mesopotamia dan kesannya perlu dilihat semula agar dapat menemukan fakta sebenar yang cuba disembunyikan oleh penyalin kitab Taurat dan Injil, serta para orientalis.

Item Type: Book
Additional Information: 2297/79582 Call no: fp P 116 S985R 2020
Uncontrolled Keywords: History of linguistic, Arabic Grammar, Linguistic Thought, Theology, Ancient History of Near East
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D051 Ancient History
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ6073 Language
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0441 Literary History
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr. Solehah Yaacob
Date Deposited: 28 Mar 2020 14:53
Last Modified: 21 Sep 2020 12:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/79582

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year