IIUM Repository

Amalan perakaunan zakat di majlis agama Islam negeri terpilih

Che Mohd Salleh, Marhanum and Siraj, Siti Alawiah (2019) Amalan perakaunan zakat di majlis agama Islam negeri terpilih. IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management, 9 (1). pp. 47-66. ISSN 2180-4508 E-ISSN 2682-9347

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (295kB) | Request a copy

Abstract

Ketiadaan piawaian khusus untuk perakaunan zakat telah menyebabkan wujudnya ketidakseragaman amalan perakaunan zakat oleh pentadbir zakat di Malaysia. Ianya juga telah menyebabkan pentadbir zakat didakwa mengalami masalah ketelusan dalam pentadbiran berkaitan zakat. Tujuan penulisan ini adalah untuk meninjau amalan perakaunan kutipan dan agihan zakat yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terpilih. Seterusnya, penulisan ini akan membincangkan amalan perakaunan yang lebih bertepatan dengan konvensyen perakaunan yang diterima pakai serta mematuhi keperluan Syariah yang boleh dijadikan asas untuk pembangunan piawaian zakat. Pengumpulan data telah dijalankan melalui analisa ke atas Penyata Kewangan 2016 MAIN tersebut dan perbincangan kumpulan fokus bersama pegawai-pegawai MAIN yang berkaitan dengan pentadbiran zakat. Kajian mendapati kesemua MAIN terpilih telah melaksanakan perakaunan dana (fund accounting). Namun, perakaunan tunai digunakan bagi merekodkan urus niaga berkaitan zakat. Kutipan zakat diakaunkan sebagai hasil bagi Kumpulan Wang (KW) Zakat selaras dengan perakaunan dana. Agihan secara langsung (konsumtif) diakaunkan sebagai perbelanjaan (operasi) KW Zakat di kesemua MAIN terpilih. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan dalam merekodkan agihan produktif zakat. Majoriti MAIN merekodkan agihan produktif yang melibatkan perbelanjaan modal (aset) sebagai perbelanjaan (operasi) KW Zakat dan tiada pengiktirafan aset.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 7080/78312
Uncontrolled Keywords: Zakat; Hasil; Belanja; Majlis Agama Islam Negeri; MPSAS
Subjects: BPH Islamic Economics > BPH741 Waqf
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Economics and Management Sciences > Department of Finance
Depositing User: Dr. Marhanum Che Mohd Salleh
Date Deposited: 11 Feb 2020 09:00
Last Modified: 11 Feb 2020 09:00
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/78312

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year