IIUM Repository

Pengaruh metabolik makanan berunsur panas dalam peribahasa Melayu: pendekatan semantik inkuisitif

Nopiah, Julaina and Jalaluddin, Nor Hashimah and Kasdan, Junaini (2019) Pengaruh metabolik makanan berunsur panas dalam peribahasa Melayu: pendekatan semantik inkuisitif. In: SEMINAR LINGUISTIK KEBANGSAAN (SLiK2019), 16 - 17 Oct 2019, Langkawi Island.

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview

Abstract

Bagi perspektif orang Melayu, makanan panas adalah merujuk kepada makanan yang mengandungi lemak, sama ada mengandungi lemak binatang, lemak sayur-sayuran, tonik, rempah, protein binatang, masin, pedas dan pahit. Takrifan panas yang diberikan adalah mengenai makanan yang menimbulkan kesan dalam badan yang menggalakkan metabolisme iaitu proses makanan dibina menjadi jirim hidup atau jirim hidup dihuraikan menjadi bahan-bahan mudah. Justeru, tumpuan analisis ini adalah peribahasa yang menunjukkan pengaruh makanan yang berunsur panas. Data peribahasa Melayu dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.ukm.my dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh telah diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara konsep yang dibawa dengan ciri-ciri makanan tersebut. Hasil kajian mendapati peribahasa berkaitan makanan berunsur panas, khususnya makanan pedas didapati memaparkan ciri-ciri panas yang ditunjukkan melalui fungsinya untuk ‘menyindir’. Pengaruh metabolik makanan ini ternyata mempunyai keserasian dengan konsep yang ditunjukkan melalui makna harfiah peribahasa yang dipilih. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya telah dapat menghasilkan huraian makna dalam peribahasa Melayu, yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya khususnya berkaitan unsur dalam pemakanan Melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Other)
Additional Information: 8802/77950
Uncontrolled Keywords: objek makanan, unsur panas, peribahasa, semantik inkuisitif, akal budi
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 28 Jan 2020 15:35
Last Modified: 13 Jul 2020 14:25
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/77950

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year