IIUM Repository

Resam padi dalam peribahasa Melayu: pendekatan semantik inkuisitif

Nopiah, Julaina and Mohamed Nor, Mohd Faizal (2019) Resam padi dalam peribahasa Melayu: pendekatan semantik inkuisitif. In: 3rd International Language and Tourism Conference 2019 (ILTC 2019), 18 - 19 Oct 2019, Pagoh, Johor.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (2MB) | Preview

Abstract

Peribahasa dihasilkan melalui ilham yang tercetus akibat pengamatan dan tafsiran masyarakat silam terhadap alam persekitaran yang memperlihatkan ciri-ciri yang bertepatan dengan sifat manusia. Alam persekitaran dan keadaan sekeliling merupakan sumber inspirasi dan dijadikan simbol dalam sesuatu peribahasa. Penggunaan peribahasa berkaitan resam padi yang lazimnya menjadi ikutan masyarakat Melayu melalui sifatnya yang menunduk, memberikan ilham kepada pengkaji untuk menerokai akal budi yang tersembunyi di sebalik penciptaan peribahasa ini. Sehubungan itu, tulisan ini bukan sahaja ingin melihat hubungan antara bahasa dan pemikiran, tetapi sebaliknya cuba mencungkil akal budi Melayu menerusi resam padi yang ditonjolkan dalam peribahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif. Justeru, data peribahasa yang berkaitan diambil daripada pangkalan data www.malaycivilization.com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (1989). Gabungan RRS dengan maklumat budaya yang mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna kiasan Melayu sehingga ke akal budi penuturnya. Hasil kajian mendapati resam padi yang menunduk telah dikonsepsikan sebagai sifat rendah diri. Tingkah laku positif dan negatif ditonjolkan menerusi perbandingan ‘padi’ dan ‘lalang’ dalam peribahasa. Kesimpulannya, peribahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu bukanlah sekadar ungkapan kosong yang menarik, tetapi sebaliknya tersembunyi pelbagai ilmu dan falsafah yang tinggi seandainya kita amatinya dengan teliti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 8802/77949
Uncontrolled Keywords: Akal Budi; Padi; Peribahasa; Rangka Rujuk Silang; Semantik Inkuisitif (SI)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 29 Jan 2020 15:00
Last Modified: 13 Jul 2020 14:19
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/77949

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year