IIUM Repository

TUAN HUSSAIN KEDAH DAN SUMBANGAN BELIAU DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi and Ramlee, Nooranissa and Anzaruddin, Aisyah (2019) TUAN HUSSAIN KEDAH DAN SUMBANGAN BELIAU DALAM PENDIDIKAN ISLAM. In: PERSIDANGAN ANTARABANGSA TOKOH ULAMA MELAYU NUSANTARA 2019 (PAnTUMN2019) kali ke-3, Shah Alam, Selangor. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (401kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (313kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan tentang pendekatan Tuan Husain Kedah di dalam konteks Pendidikan serta sumbangan beliau di dalam Pendidikan Islam. Tuan Husain Kedah adalah tokoh terkenal sebagai penyumbang dalam mengembalikan Islam kepada masyarakat. Tuan Husain Kedah atau nama sebenarnya, Husain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Mas‘udi, adalah seorang ulama yang bukan hanya untuk disanjungi dan dikenang, tetapi beliau gemar berkhidmat untuk masyarakat and meninggalkan legasi yang hebat sehingga ke hari ini. Pada zaman pemerintahan British, masyrakat amat dahagakan ilmu agama dan juga Pendidikan. Ketekunan serta kesungguhan Tuan Husain dalam menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepada masyarakat dapat dilihat dari segi pembangunan institusi pondok sebagai medan pengajaran, penulisannya, dan juga kerja-kerja dakwah yang beliau lakukan. Ketokohan, keperibadian dan prinsip hidup beliau yang menonjolkan ciri-ciri seorang ulama prolifik menyebabkan beliau sentiasa disanjung dan disegani masyarakat. Dari segi faktanya, kemunculan ramai Ulama Muslim dari Nusantara tetapi masih kabur dan tidak ditemui buktinya. Ulama-Ulama tersebut telah menyumbangkan jasa dalam kemajuan Islam di Nusantara. Adapun, masyarakat Melayu tidak cakna tentang kewujudannya. Jadi, kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan sumbangan Tuan Husain Kedah secara khususnya dari segi sumbangannya terhadap Pendidikan Islam di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: Pendekatan, Sumbangan, Pendidikan Islam, Tuan Husain Kedah
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
Depositing User: Mrs. Siti Nor Md idris
Date Deposited: 16 Dec 2019 17:37
Last Modified: 16 Dec 2019 17:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/77184

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year