IIUM Repository

Kegemilangan tamadun Islam dan sumbangannya terhadap pembinaan tamadun barat

Zakariya, Hafiz (2019) Kegemilangan tamadun Islam dan sumbangannya terhadap pembinaan tamadun barat. Journal of Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 6 (2). pp. 43-57. ISSN 2462-1692 E-ISSN 2289-8042

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (295kB) | Request a copy

Abstract

Sumbangan Muslim terhadap Barat ialah sejarah yang dilupakan. Justeru itu, makalah ini membincangkan sumbangan utama tamadun Islam terhadap tamadun moden Barat. Ia menolak kenyataan anti-Islam yang mendakwa Islam tidak memberi sebarang sumbangan terhadap tamadun moden selain keganasan. Melalui Baghdad dan Andalus, kajian ini menegaskan bahawa umat Islam telah memberikan pelbagai sumbangan penting dalam pelbagai aspek kehidupan. Dengan menumpukan kepada perkembangan sains, perubatan, dan institusi pendidikan, ia menunjukkan pencapaian Muslim dalam bidang-bidang tersebut. Dalam masa yang sama, ia juga menunjukkan ketika Muslim menghasilkan penemuan-penemuan sains yang penting; Barat masih jauh mundur ke belakang di “Era Kegelapan”. Justeru itu para penuntut ilmu dan sarjana daripada Eropah bertumpu ke pusat-pusat keilmuan Islam yang terkenal terutamanya di Andalus. Melalui interaksi tersebut, tamadun Islam memberi sumbangan yang penting dalam membawa perubahan kepada Barat—mengeluarkannya daripada kemunduran kepada kemodenan dan kemajuan. Ini terhasil melalui para pelajar dan ilmuan Eropah yang terlibat secara aktif dalam penterjemahan ilmu-ilmu Islam ke bahasa-bahasa Eropah.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 1984/76919
Uncontrolled Keywords: Tamadun Islam, Islam dan Barat, Sejarah yang hilang, Andalus, Islam dan ilmu pengetahuan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
D History General and Old World > D History (General)
D History General and Old World > DS Asia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of History & Civilization
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr. Hafiz Zakariya
Date Deposited: 03 Jan 2020 16:04
Last Modified: 03 Jan 2020 16:04
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/76919

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year