IIUM Repository

Kepentingan integrasi zakat dan kewangan mikro Islam; tinjauan program pembangunan usahawan asnaf di Shah Alam

Hamdan, Hamdino and Othman, Pazim @ Fadzim (2016) Kepentingan integrasi zakat dan kewangan mikro Islam; tinjauan program pembangunan usahawan asnaf di Shah Alam. In: Social entrepreneurship and community engagement: transforming societies. Social Institute of Malaysia (SIM), Ministry of Women, Family and Community Development, Social Institute of Malaysia (SIM), pp. 101-117. ISBN 978-967-5472-22-0

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (14MB) | Request a copy

Abstract

Konsep keusahawanan sosial dan kewangan mikro Islam merupakan integrasi yang semakin penting dalam membantu meningkatkan tahap ekonomi asnaf miskin dan seterusnya membasmi kemiskinan secara keseluruhannya. Kepentingan integrasi keusahawanan sosial dan kewangan mikro Islam tentunya terletak kepada usaha untuk menyelesaikan masalah sosio ekonomi secara bersama, dengan memanfaatkan segala sumber yang ada dan mencari dana untuk membantunya. Bermula dari pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971,kerajaan Malaysia telah menyedari kepentingan keusahawanan sosial dalam menyokong pembangunan perniagaan kecil (microenterprise) bagi tujuan pembasmian kemiskinan.Program ‘Pembangunan Usahawan Asnaf’ (PUA) yang dikendalikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) adalah di antara program yang berkonsepkan keusahawanan sosial dan kewangan mikro Islam yang berjaya diperkenalkan kepada asnaf miskin. Justeru fokus kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program yang dijalankan oleh LZS berasaskan kepada konsep keusahawanan sosial. Keputusan kajian menunjukkan bahawa program ini berjayameningkatkan pendapatan peserta bagi tujuan pembasmian kemiskinan. Keputusan kajianjuga menunjukkan bahawa proses dan prosedur program, kelayakan pegawai, sikap danpengalaman pegawai mempengaruhi pendapatan perniagaan peserta. Kajian ini jugamembuktikan bahawa menerusi perspektif Islam, aspek pembangunan rohani adalah sangatpenting dalam meningkatkan keberkesanan program PUA LZS menerusi bantuan modal perniagaan.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 6883/76128
Uncontrolled Keywords: Kewangan mikro Islam, zakat, keusahawanan sosial, pembasmian kemiskinan
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory > HB126.4 Islamic Economics
H Social Sciences > HG Finance > HG3368 Islamic Banking and Finance
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Economics and Management Sciences
Depositing User: dr hamdino hamdan
Date Deposited: 29 Nov 2019 13:48
Last Modified: 29 Nov 2019 13:48
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/76128

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year