IIUM Repository

Perniagaan sosial di Malaysia

Ishak, Suraya and Che Omar, Ahmad Raflis and Mohd Jani, Mohd Fauzi and Ishak, Amal Hayati and Othman, Abdullah Sanusi and Hamdan, Hamdino and Abd. Meon, Jumaat and Darawi, Zaimah (2013) Perniagaan sosial di Malaysia. Cengage Learning Asia Pte Ltd (Malaysia Branch), Petaling Jaya, Selangor. ISBN 978-967-0357-20-1

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (3MB) | Preview

Abstract

Perniagaan sosial merupakan aktiviti ekonomi komuniti yang amat menarik untuk diterokai. Ia merupakan pemangkin kemajuan dan pertumbuhan sosio-ekonomi masyarakat khasnya dalam menyelesaikan permasalahan sosial yang masih berlarutan seperti kemiskinan , kebuluran, keciciran peluang dan sebagainya. Perniagaan sosial juga mengisi ufuk diantara entiti perniagaan swasta tulen yang bermotifkan keuntungan dan entiti kebajikan bukan untung yang bermotifkan sosial.Namun sebagai suatu bentuk konsep dan entiti perniagaan yang baru diketengahkan, maka kefahaman, penghayatan dan sudut pandangan tentangnya masih lagi belum menyeluruh. Buku Pernaigaan Sosial di Malaysia ini telah ditulis sebagai usaha mendokumentasikan amalan perniagaan sosial di Malaysia secara ilmiah, formal dan sistematik. Buku ini bermatlamat untuk mencetuskan kesedaran dan pemahaman para pembaca tentang konsep dan praktis perniagaan sosial dalam persekitaran tempatan. Asas ini juga diharap akan dapat mendorong para pembaca untuk menyelidik dan mengembangkan bidang perniagaan ini secara lebih meluas. Oleh yang demikian, buku ini amat sesuai untuk dimanfaatkan oleh semua orang awam, para penyelidik, ahli akademik, pelajar, badan kerajaan, badan korporat, badan amanah dan organisasi bukan untung selaras dengan keperluan dan minat masing-masing dalam sektor perniagaan yang masih baru ini . Ia juga sesuai dijadikan rujukan bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan perniagaan, keusahawanan dan ekonomi di peringkat institusi latihan atau institusi pengajian tinggi.

Item Type: Book
Additional Information: 6883/75741 - Book call no. HD60 S961P 2013
Uncontrolled Keywords: Perniagaan sosial, Keusahawanan, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001 Business. Business Administration > HF5735 Business records management
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Economics and Management Sciences > Department of Finance
Kulliyyah of Economics and Management Sciences
Depositing User: dr hamdino hamdan
Date Deposited: 29 Nov 2019 14:17
Last Modified: 29 Nov 2019 14:17
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/75741

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year