Che' Man, Mohamad (2019) Rahsia muka tanpa jerawat? The Malaysian Medical Gazette. pp. 1-2.
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (594kB) | Request a copy |
Abstract
Jerawat adalah penyakit biasa yang dihadapi golongan remaja. Ianya perlu dirawat kerana boleh memberikan kesan fizikal dan psikologi yang berpanjangan kepada pesakit. Ramai di antara mereka yang merasa rendah diri dan boleh menjurus kepada penyakit kemurungan yang membimbangkan. Penyebab-penyebab utama jerawat secara amnya adalah: 1) Pembiakan kuman anaerob ‘propionibacterium acnes’ yang menyebabkan keradangan kulit. 2) Peningkatan penghasilan sebum disebabkan oleh penghasilan berganda oleh kelenjar sebum. 3) Pertukaran keratin folikel yang menyebabkan penghasilan komedon. 4) Radang kulit muka disebabkan oleh produk yang dihasilkan oleh bakteria. Objektif rawatan jerawat adalah untuk membantu menghilangkan keradangan kulit dan komedon, memastikan ianya tidak berulang dan juga mengelakkan pesakit dari mengalami kesan parut kosmetik serta masalah psikologi. Secara amnya, rawatan untuk jerawat boleh di kategorikan kepada dua iaitu rawatan intensif (induction) iaitu bagi memastikan ketiadaan jerawat secara total (remission phase) dan rawatan pengekalan (maintenance phase).
Item Type: | Article (Electronic Media) |
---|---|
Additional Information: | 6884/73255 |
Uncontrolled Keywords: | jerawat |
Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) R Medicine > RL Dermatology |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Medicine Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011) |
Depositing User: | DR MOHAMMAD HJ. CHE' MAN |
Date Deposited: | 17 Jul 2019 11:09 |
Last Modified: | 10 May 2022 10:49 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/73255 |
Actions (login required)
View Item |