IIUM Repository

Penerapan kemahiran berkomunikasi dalam kursus Bahasa Melayu Komunikasi Perniagaan (LM 2015): Pembentangan kumpulan

Mansor, M Mascitah and Ishak, Noraini Shahida (2011) Penerapan kemahiran berkomunikasi dalam kursus Bahasa Melayu Komunikasi Perniagaan (LM 2015): Pembentangan kumpulan. In: International Language Conference (ILC) 2011, 22-24 April 2011, International Islamic University Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (PENERAPAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KURSUS BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PERNIAGAAN (LM 2015): PEMBENTANGAN KUMPULAN) - Presentation
Restricted to Repository staff only

Download (260kB) | Request a copy

Abstract

Kementerian Pengajian Tinggi telah mencadangkan kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan untuk memberikan pendedahan tentang pengajian keusahawanan dan kemahiran perniagaan kepada mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Tidak ketinggalan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) menerusi Divisyen Bahasa Melayu, CELPAD telah merangka kursus Bahasa Melayu Komunikasi Perniagaan (LM 2015) untuk pelajar-pelajar Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan (KENMS) dan Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (KICT) telah pun menerapkan aspek-aspek penting kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan sejak sekian lama. Ekoran itu, kertas kerja ini dihasilkan untuk melihat kesesuaian dan keupayaan kursus menerapkan kemahiran berkomunikasi yang berasaskan ciri pertama kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Ini disebabkan kursus ini bersesuaian dengan aspirasi kerajaan dalam usaha membangunkan modal insan berketerampilan/berkualiti yang memiliki semangat, pengetahuan dan kemahiran untuk menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan pembangunan negara. Walau bagaimanapun tumpuan kajian ini hanya terarah pada tugasan lisan ataupun pembentangan kumpulan. Sesi pembentangan dalam kursus ini difikirkan wajar untuk memberi pengetahuan, kesedaran, dan pengalaman menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam bidang perniagaan. Tugasan ini juga melatih para pelajar menyuarakan pandangan dengan penuh keyakinan dan dapat menjana idea yang kreatif, kritis dan inovatif serta dibantu oleh alatan multimedia dan menggunakan teknik/kaedah/saluran tertentu bagi memperkenalkan syarikat, dan produk/ perkhidmatan yang ditawarkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 4276/7308
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61.8 Communication of information
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Depositing User: Madam M Mascitah Mansor
Date Deposited: 23 Nov 2011 11:03
Last Modified: 15 Dec 2011 09:56
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/7308

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year