IIUM Repository

QISAS: TEORI DAN PELAKSANAANNYA TERHADAP WANITA: SATU PERBANDINGAN DI ANTARA SIVIL DAN ISLAM

Husni, Ahmad Muhammad and Mohammad, Abdul Basir and Mohd Nor, Amir Husin and Laluddin, Hayatullah and Samuri, Mohd Al-Adib and Che Omar, Nurhayati (2013) QISAS: TEORI DAN PELAKSANAANNYA TERHADAP WANITA: SATU PERBANDINGAN DI ANTARA SIVIL DAN ISLAM. In: Isu Syariah & Undang-undang. UKM Jabatan Syariah, UKM, pp. 61-73.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (433kB) | Request a copy

Abstract

Menurut ajaran Islam, qisas adalah satu bentuk hukuman yang dijalankan ke atas penjenayah lelaki dan wanita yang membabitkan tubuh badan manusia dan kecederaan anggota badan. Manakala menurut sivil pula, istilah qisas tidak digunakan tetapi diganti dengan istilah gantirugi atau “tort” yang digunapakai oleh mahkamah pada hari ini. Tulisan ini akan mengupas pandangan ulama mengenai qisas dan perkaitannya dengan undang-undang sivil. Metodologi yang digunakan adalah berbentuk kepustakaan iaitu bersumberkan buku, artikel serta rujukan internet yang mengupas pandangan ulama mengenai qisas serta pelaksanaannya dan perbezaannya dengan peruntukan yang terdapat dalam undang-undang sivil terutamanya undang-undang tort jenayah. Objektif kajian ialah untuk mencari alternatif yang sesuai untuk dilaksanakan terhadap penjenayah terutamanya penjenayah wanita dalam kedua-dua aspek undang-undang iaitu syariah dan sivil. Perbandingan di antara kedua-dua peruntukan undang-undang dijadikan asas dalam mencari persamaan dan perbezaan pelaksanaan hukuman ini. Kajian yang mendalam terhadap bahan-bahan yang diperoleh mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam pelaksanaan hukuman di antara syariah dan sivil walaupun matlamatnya adalah sama. Diharapkan tulisan ini dapat membantu para pembaca dalam mendalami pengertian qisas.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 8721/72884
Uncontrolled Keywords: Qisas, teori, pelaksanaannya, wanita, tort.
Subjects: K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP490 Furūʻ al-fiqh. Substantive law. Branches of law.
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr Ahmad bin Muhammad Husni al-Jufri
Date Deposited: 09 Dec 2019 11:16
Last Modified: 09 Dec 2019 11:16
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/72884

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year