IIUM Repository

Parameter “asas-asas” penentuan hukuman bagi penjenayah wanita menurut undang-undang jenayah

Husni, Ahmad Muhammad and Mohammad, Abdul Basir and Mohd Nor, Amir Husin and Laluddin, Hayatullah and Samuri, Mohd. Al Adib and Che Omar, Nurhayati (2013) Parameter “asas-asas” penentuan hukuman bagi penjenayah wanita menurut undang-undang jenayah. Isu syariah dan undang-undang (19). pp. 1-18. ISSN 1511-3434

[img] PDF (Chapter 1) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (780kB) | Request a copy

Abstract

Setiap kesalahan yang dilakukan oleh manusia bakal menerima hukuman setimpal sama ada melalui penentuan hukum syarak atau penggubalan undang-undang negara. Hukuman ini meliputi keseluruhan manusia tanpa mengira jantina. Oleh itu, tiada sedikitpun keistimewaan yang diberikan kepada pesalah lelaki berbanding pesalah wanita dan begitulah sebaliknya. Meskipun kedudukan antara keduanya telah dinyatakan dari sudut kebolehan menjadi subjek jenayah dan tanggungjawab menanggung hukuman yang bakal dikenakan, namun pada hakikatnya pelaksanaan hukuman ke atas pesalah lelaki dan wanita adakalanya berbeza sehingga menimbulkan persoalan mengapakah adanya jurang perbezaan antara keduanya sedangkan semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT mahupun undang-undang negara ciptaan manusia? Oleh itu pengkaji cuba merungkai persoalan ini dengan menyenarai dan menjelaskan secara terperinci jenis-jenis hukuman dan cara pelaksanaannya terhadap kedua-dua pesalah lelaki dan wanita dengan membawakan asas-asas yang dirasakan menjadi suatu parameter dalam penetapan dan pelaksanaan hukuman terhadap keduanya. Bagi menghasilkan satu kesimpulan yang dapat menjawab permasalahan yang timbul, metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kepustakaan dengan menggunakan metode dokumentasi, analisis teks dan temubual. Metode dokumentasi dijalankan dengan meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dengan perkara yang diselidik. Metode ini digunakan dalam mengumpul dan mengamati segala bahan bertulis atau bergambar yang bertaraf dokumen seperti buku, tesis, majalah, jurnal dan sebagainya, seterusnya membuat pengolahan dan membandingkan antara semua bahan tersebut demi mencapai satu kesimpulan yang terbaik. Justeru, hasil daripada kajian ini, didapati bahawa perbezaan pelaksanaan hukuman antara pesalah lelaki dan wanita sememangnya wujud dalam kedua-dua undang-undang Islam mahupun sivil dengan masing-masing mempunyai alasan tersendiri.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Penentuan Hukuman, Penjenayah Wanita, Undang-Undang Jenayah Islam, Hudud
Subjects: K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP490 Furūʻ al-fiqh. Substantive law. Branches of law. > KBP2000 Public law. The state and Islam
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr Ahmad bin Muhammad Husni al-Jufri
Date Deposited: 17 Dec 2020 21:56
Last Modified: 05 Jan 2021 15:27
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/72883

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year