IIUM Repository (IREP)

Teknik persediaan nota Bahasa Arab dalam pengajaran

Adam, Zalika and Mezah, Che Radiah (2009) Teknik persediaan nota Bahasa Arab dalam pengajaran. In: National Conference Wacana 7, 5-6 December 2009, Institut Studi Islam Darusalam Gontor Ponorogo, Indonesia. (Unpublished)

[img] PDF (Teknik Persediaan Nota Bahasa Arab dalam Pengajaran) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (560kB) | Request a copy

Abstract

Abstrak Persediaan nota di dalam kelas adalah perkara asas dalam proses pengajaran. Nota merupakan bahan yang dicatat semasa seseorang guru menjalani proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada menghadiri majlis ilmu, kelas amali dan perbincangan. Teknik pengambilan nota yang berkesan adalah amat penting dalam proses ini. Ramai di kalangan guru yang tidak mengetahui teknik pengambilan nota yang berkesan dalam pengajaran. Akibatnya, guru tidak menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Kajian ini bertujuan melihat sejauh manakah penggunaan nota di dalam kelas dibuat oleh guru, memberikan gambaran kepada guru bahawa nota amat penting dalam proses pengajaran, memberikan panduan kepada guru cara-cara dan teknik menyalin nota yang baik. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan menemuduga beberapa guru Bahasa Arab untuk mengetahui kefahaman mereka mengenai “ note taking” dan teknik yang digunakan ketika mengambil nota di dalam kelas. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan peri penting menggunakan teknik yang berkesan ketika penyediaan nota di dalam kelas antaranya, mengenalpasti idea asas yang akan disampaikan, mendapatkan maklumat penting berkaitan pengajaran, untuk dijadikan bahan panduan semasa membuat ulangkaji. Selain daripada itu, persediaan sebelum memasuki kelas dapat membantu penyediaan nota dan kefahaman guru dengan baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal ini dapat membantu seseorang guru menyampaikan maklumat ilmu pengetahuan secara teratur dan meminati profesyen perguruan. Kata kunci: note taking, teknik, persediaan

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 4257/7287
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Quranic Language Division
Depositing User: zalika adam
Date Deposited: 15 Nov 2011 13:12
Last Modified: 21 Nov 2011 22:17
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/7287

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year