IIUM Repository

Kepentingan arahan perubatan awal menjelang negara tua 2030: beberapa isu dari sudut perundangan dan perspektif syariah

Alias, Fadhlina and Jahn Kassim, Puteri Nemie and Abdullah, Muhammad Najib and Hussin, Syaryanti (2019) Kepentingan arahan perubatan awal menjelang negara tua 2030: beberapa isu dari sudut perundangan dan perspektif syariah. In: Persidangan Industri Warga Emas Kebangsaan: Menuju Pengurusan Patuh Syariah 2019, 15th-16th March 2019, Nilai, Negeri Sembilan.

[img]
Preview
PDF (abstract) - Published Version
Download (986kB) | Preview

Abstract

Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia telah menganggarkan bahawa 15 peratus daripada penduduk Malaysia terdiri daripada warga emas menjelang tahun 2030. Peralihan kepada status “negara tua” bakal memberikan implikasi terhadap pelbagai aspek pengurusan sesebuah negara seperti perkembangan ekonomi, pengurusan kewangan dan keselamatan sosial. Pertambahan jumlah penduduk warga emas juga akan turut memberikan impak yang signifikan kepada perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan. Apabila berlakunya peningkatan tersebut bererti lebih ramai pesakit yang perlu diberikan penjagaan paliatif di pusat-pusat penjagaan kesihatan seperti hospital dan pusat hospis. Penjagaan paliatif terutama bagi pesakit-pesakit di akhir hayat akan melibatkan kos yang tinggi dengan sumber yang terhad. Rentetan itu, penyedia perkhidmatan akan berhadapan dengan isu-isu kewajaran pengagihan sumber kepada pesakit, dan ini berkait rapat dengan pertimbangan tentang rawatan perubatan yang tidak membawa apa-apa manfaat (futile treatment). Maka arahan perubatan awal merupakan satu cadangan penyelesaian terhadap dilema ini. Mekanisme ini berfungsi sebagai jaminan bahawa hak individu untuk membuat keputusan berautonomi tentang rawatan perubatan tidak akan terlucut berikutan sebarang ketidakupayaan yang berlaku selepas itu. Dalam erti kata lain, arahan perubatan awal mengekalkan autonomi pesakit untuk menentukan rawatan perubatan untuk dirinya sendiri, walaupun pada ketika pesakit tersebut bukan lagi seorang yang kompeten. Keputusan ini dapat membantu para doktor mengenal pasti kehendak pesakit dan nilainilai yang dipegang apabila perlu membuat keputusan di pengakhiran hayat, seterusnya memudahkan pengagihan sumber rawatan kepada pesakit yang lebih memerlukan. Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan kepentingan pelaksanaan arahan perubatan awal di Malaysia, terutamanya dalam persediaan untuk menghadapi “negara tua”, serta mengupas isu-isu yang berkaitan berdasarkan sudut pandangan undang-undang dan syariah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Additional Information: 1830/72274
Uncontrolled Keywords: warga emas, arahan perubatan awal, penjagaan paliatif, perspektif undang-undang, syariah
Subjects: K Law > K Law (General)
K Law > KBP Islamic Law
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Islamic Law
Depositing User: Professor Dr Puteri Nemie Jahn Kassim
Date Deposited: 21 May 2019 09:47
Last Modified: 24 Oct 2019 08:45
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/72274

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year