IIUM Repository

Konsep sastera Islam oleh Kemala dan al-Nadwi: satu perbandingan (the concept of Islamic literature by Kemala and al-Nadwi: a comparative study)

Ismail, Amal ‘Aqilah and Ahmad Safian, Nursafira (2018) Konsep sastera Islam oleh Kemala dan al-Nadwi: satu perbandingan (the concept of Islamic literature by Kemala and al-Nadwi: a comparative study). In: 5th International Conference on Postgraduate Research (5th ICPR 2018), 29 Nov 2018, Kajang, Selangor. (Unpublished)

[img] PDF (My name has not been listed in the list of presenters attached as my student (Amal 'Aqilah Ismail presented at the conference).) - Supplemental Material
Restricted to Repository staff only

Download (5MB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (500kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini membincangkan takrifan, pandangan dan konsep sastera Islam menurut Kemala dan Abu al-Hasan Ali al-Nadwi. Kedua-dua tokoh tersebut mewakili dunia kesusasteraan Melayu dan Arab. Kemala merupakan seorang penyair yang banyak menceritakan tentang kehidupan rakyat bawahan seperti petani, nelayan dan kaum buruh. Selain itu beliau turut menulis karya-karya yang berkonsepkan sufi dan kerohanian, manakala al-Nadwi pula merupakan seorang murabbi, pendakwah, pemikir Islam dan sasterawan yang ulung. Artikel ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan perbezaan di antara pandangan Kemala dan al-Nadwi dalam menterjemahkan konsep sastera Islam yang sebenar. Reka bentuk kajian ini ialah kajian perbandingan dengan menggunakan pendekatan kajian kualitatif sebagai metode pengumpulan dan analisis data. Perbandingan difokuskan terhadap pemikiran Kemala dan al-Nadwi tentang konsep sastera Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Sastera Islam menurut Kemala dan al-Nadwi diasaskan oleh dua tunjang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, yang merupakan asas akidah Islamiah yang jitu. Kedua-dua tokoh berkenaan turut bersetuju bahawa sastera merupakan antara medium dakwah yang perlu ditunjangi dengan ilmu dan pemikiran kritis.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Additional Information: 3866/70103
Uncontrolled Keywords: Sastera Islam, Sastera Melayu, Sastera Arab, Kemala, al-Nadwi
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 11 Jan 2020 17:32
Last Modified: 14 Jan 2020 23:17
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/70103

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year