IIUM Repository

Pembahagian harta sepencarian dalam poligami menurut undang-undang keluarga Islam

Ahmad, Md Yazid and Muhammad Husni, Ahmad and Mohamed Said, Noor Lizza (2014) Pembahagian harta sepencarian dalam poligami menurut undang-undang keluarga Islam. In: Isu syariah & undang-undang. Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, pp. 92-106. ISBN 1511-3434

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (389kB) | Request a copy

Abstract

Polemik berhubung poligami di kalangan masyarakat Islam di negara ini sering menjadi tumpuan media massa khususnya hal yang menyentuh kedudukan hak isteri pertama terhadap harta dalam tempoh perkahwinan tersebut. Pengorbanan mereka diiktiraf dalam undang-undang keluarga Islam dengan diberi kelebihan dari sudut membolehkan pembahagian harta sepencarian dalam perkahwinan berdasarkan tempoh usia perkahwinan yang lebih lama berbanding isteri-isteri yang lain. Justeru, dapat difahami bahawa harta sepencarian bukan sahaja boleh dituntut semasa atau selepas berlakunya perceraian hidup ataupun kematian tetapi juga semasa perkahwinan masih berjalan iaitu semasa permohonan poligami ataupun setelah berlaku poligami. Dalam hal ini, Mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan perintah pembahagian harta sepencarian sama ada poligami tersebut mendapat keizinan mahkamah atau tanpa kebenaran mahkamah. Namun permohonan tuntutan harta sepencarian oleh pihak isteri bagi poligami tanpa kebenaran mahkamah (di luar negara) hanya boleh dilakukan jika poligami tersebut didaftarkan kerana hak harta sepencarian isteri yang sedia ada tidak akan hilang dengan sebab perkahwinan poligami dilakukan di luar negara (Roshdan 2013).

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 8721/69959
Uncontrolled Keywords: Pembahagian harta sepencarian, poligami, undang-undang keluarga Islam
Subjects: K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP10 Societies.Associations
K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP490 Furūʻ al-fiqh. Substantive law. Branches of law. > KBP524 Aḥwāl shakhṣīyah
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr Ahmad bin Muhammad Husni al-Jufri
Date Deposited: 24 May 2019 13:41
Last Modified: 24 May 2019 13:41
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/69959

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year