Muhammad Husni, Ahmad and Ahmad, Md Yazid and Mohamed Said, Noor Lizza and Nasohah, Zaini (2014) Pembunuhan tidak sengaja dan kesannya terhadap pewarisan harta pusaka menurut undang-undang pusaka Islam. In: Isu syariah & undang-undang: pencerakinan isu wahana pelestarian akademik. Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, pp. 70-80. ISBN 1511-3434
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (354kB) | Request a copy |
Abstract
Jenayah dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-jinayah atau al-jarimah. Perkataan al-jinayah ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan yang dilarang dan merosakkan, sama ada tindakan itu dilakukan ke atas badan, harta atau sebagainya. Manakala al-Mawardi (1989) mentakrifkan al-jarimah sebagai kesalahan menurut syariah yang jika dilakukan boleh dikenakan hukuman hudud atau takzir. Menurut ‘Abd al-Qadir ‘Awdah (1964) konsep asas kedua-duanya adalah sama dan hanya digunakan jenayah bagi merangkumkan keduaduanya. Sehubungan dengan itu, artikel ini hanya menumpukan kepada jenayah pembunuhan sahaja. Ulama telah mengkategorikan jenis-jenis pembunuhan kepada tiga, empat dan lima jenis, bergantung kepada pandangan-pandangan ulama secara tersendiri. Secara umumnya, terdapat tiga jenis pembunuhan iaitu pembunuhan dengan niat atau sengaja (al-qatl al-‘amd), pembunuhan menyerupai sengaja (al-qatl shibh al-‘amd) dan pembunuhan tanpa niat atau tidak sengaja (al-qatl al-khata’). Jenisjenis pembunuhan ini akan mengakibatkan hukuman yang berbeza sekaligus turut memberikan kesan yang berbeza terhadap pewarisan harta pusaka.
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Additional Information: | 8721/69958 |
Uncontrolled Keywords: | Pembunuhan tidak sengaja, pewarisan harta pusaka, undang-undang pusaka Islam |
Subjects: | K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP173.25 Islamic law and other disciplines or subjects |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences |
Depositing User: | Dr Ahmad bin Muhammad Husni al-Jufri |
Date Deposited: | 24 May 2019 15:01 |
Last Modified: | 24 May 2019 15:01 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/69958 |
Actions (login required)
View Item |