IIUM Repository

Pengurusan harta dalam konteks tabarruÑÉt maraÌ maraÌ al-mawt menurut pandangan Fuqaha'

Awang, Abdul Bari and Mohd Nasir, Naimah and Awang Abd. Rahman @ Jusoh, Amilah (2018) Pengurusan harta dalam konteks tabarruÑÉt maraÌ maraÌ al-mawt menurut pandangan Fuqaha'. In: Empowering Knowledge Sharing Culture in Management and Muamalah, Bangi.

[img]
Preview
PDF - Presentation
Download (735kB) | Preview
[img]
Preview
PDF (Fullpaper) - Published Version
Download (460kB) | Preview

Abstract

ABSTRAK Pengurusan, perancangan dan peralihan harta melibatkan dua peringkat, iaitu semasa hidup dan selepas kematian. Penyakit terminal (maraÌ maraÌ al-mawt) ini merupakan satu keadaan seseorang yang mengalami penyakit yang boleh membawa kematian. Keadaan pesakit terminal yang kompleks dan bervariasi antara hidup dan mati, serta hukumnya yang berubah-ubah sebagai orang yang sihat atau pesakit maraÌ al-mawt ini memerlukan pemerhatian yang halus dan teliti dalam penentuannya dari sudut fiqh dan perubatan. Hal ini penting kerana keadaan sihat dan sakitnya seseorang pemilik harta akan memberi kesan yang berbeza, terutama sekali dalam pemberian sukarela (tabarruÑÉt) seperti wakaf, wasiat dan hibah kepada orang lain. Maka, kesilapan dalam menentukan penyakit terminal ini dan mengambil ringan terhadap tahap penyakit dan kondisi pesakit samada seseorang itu mengalami maraÌ maraÌ al-mawt ataupun tidak, akan membawa kepada kesilapan dalam menentukan kadar pemberian dan pembahagian harta dalam proses pengurusan harta ini. Maka, syariat Islam melihat perkara ini sebagai sesuatu yang kritikal kerana melibatkan hak pemilik harta atau pesakit terminal itu sendiri dan hak orang lain. Justeru, artikel ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan cara menganalisis perbezaan pendapat para fuqaha’ klasik dan kontemporari melalui rujukan perpustakaan untuk memahami isu ini dengan baik. Sehubungan dengan itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji pengurusan harta dan kepentingannya dalam konteks wakaf, wasiat dan hibah dengan mengenalpasti definisi dan konsep wakaf, wasiat dan hibah serta mengkaji indikator penting dalam penentuan maraÌ maraÌ al-mawt dan kesannya terhadap tiga jenis tabarruÑÉt ini. Hasil kajian ini mendapati status hukum wakaf, wasiat dan hibah semasa hidup si pesakit maraÌ maraÌ al-mawt ini secara automatiknya tertakluk pada had wasiat iaitu satu pertiga demi menjaga kemaslahatan dan mengelak kemudaratan, serta memerlukan kepada izin waris dan pemberi hutang sekiranya pemberian itu melebihi kadar satu pertiga harta. Kata kunci: Hibah, Wasiat, Wakaf, MaraÌ MaraÌ Al-Mawt, Pesakit Terminal.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 2040/69839
Subjects: K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr Abdul Bari Awang
Date Deposited: 18 Jan 2019 16:27
Last Modified: 03 Jul 2019 15:22
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/69839

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year