IIUM Repository

Pendekatan Nabi Lut dan Sunnah dalam berinteraksi dengan golongan LGBT: satu analisis wacana

Abd Hamid, Mohd Azrul Azlen (2018) Pendekatan Nabi Lut dan Sunnah dalam berinteraksi dengan golongan LGBT: satu analisis wacana. In: 6th International Prophetic Heritage Conference (SWAN) 2018, 2nd-3rd Oct. 2018, Istanbul, Turkey.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Gejala LGBT merupakan sebahagian daripada wabak yang melanda dunia sejak zaman Nabi Lut a.s sehinggalah ke hari ini. Ia merupakan masalah global yang perlu ditangani dengan serius. Pendekatan yang diambil oleh Nabi Lut ketika berhadapan dengan kaumnya dan cara interaksi Nabi Muhammad s.a.w dengan golongan ini memberikan panduan untuk membendung gejala ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis teks dari al-Quran dan hadis bagi memahami pendekatan dan konteks perbincangan isu ini. Analisis wacana melalui teknik analisis kandungan dan tematik digunakanuntuk mencapai objektif kajian. Analisis ini kemudiannya dibincangkan melalui tema-tema yang dikeluarkan melalui teks-teks yang dikaji. Selepas dianalisis, pengkaji mendapati teks-teks al-Quran yang berkaitan dengan isu LGBT menunjukkan ketegasan Nabi Lut a.s. Perkataan ‘fahisyah’ dan ‘khabith’ menunjukkan perbuatan ini adalah berat dan serius dan perlu ditangani dengan bijak. Hadis-hadis sahih pula menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w membendung wabak ini melalui pencegahan sebelum ia mula berjangkit. Perkataan ‘laknat’ yang diungkapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah salah satu bentuk pencegahan yang dilakukan oleh baginda. Kajian ini membuka ruang untuk memahami isu LGBT melalui analisis yang mendalam dari sudut kandungan dan bahasa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 4824/68857
Uncontrolled Keywords: LGBT, Analisis wacana, Al-Quran, Kaum Nabi Lut, Sunnah
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr. Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
Date Deposited: 24 Dec 2018 11:36
Last Modified: 24 Dec 2018 11:36
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/68857

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year